Kesatuan Umat Islam Mengagalkan Ratifikasi ICERD – Hadi

Kesatuan Umat Islam Mengagalkan Ratifikasi ICERD – Hadi

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kesatuan umat Islam menunjukkan bantahan terhadap ICERD telah berjaya menggagalkannya daripada diratifikasikan oleh pihak kerajaan Pakatan Harapan.

“Kita bersyukur kepada Allah SWT yang telah menyatukan kita dan menunjukkan kehebatan kita sehingga pihak kerajaan membuat keputusan untuk membatalkan keputusan ICERD dibawa ke Parlimen,” katanya semasa berucap di Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD.

Beliau juga menegaskan bahawa masih ada kenyataan-kenyataan yang ingin mencabul keputusan yang telah dibuat.

“Kita ucapkan terima kasih tetapi masih ada kenyataan-kenyataan yang menunjukkan akan berlakunya bolos,” katanya.

Mengulas lanjut isu tersebut, beliau berkata perjuangan rakyat tidak boleh dihentikan walau apa jua tindakan pihak kerajaan Pakatan Harapan terhadap ICERD.

Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD dihadiri oleh seluruh rakyat Malaysia dari seluruh pelusuk negara yang berjumlah hampir 500 ribu bagi menunjukkan kuasa rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan supaya tidak sewenang-wenang mengganggu keistimewaan Islam.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

forty nine − 39 =