Bantah ICERD: Rakyat Mula Memenuhi Dataran Merdeka

 

Bantah ICERD: Rakyat Mula Memenuhi Dataran Merdeka

Oleh: Asyraf Hanif

Kuala Lumpur, 8 Dis -Rakyat Malaysia dari seluruh negara mulai memenuhi kawasan Dataran Merdeka bagi menyertai Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD yang diadakan hari ini.

Jabatan Amal Malaysia yang ditugaskan untuk memastikan kelancaran himpunan telah bersiap siaga sejak jam 8 pagi untuk menjalankan tugas.

Himpunan pada kali ini merupakan satu himpunan yang menyatukan umat Islam di Malaysia bagi membantah ratifikasi ICERD yang ingin dilakukan kerajaan.

ICERD yang mengancam kedudukan bumiputera dan agama Islam telah mendapat bantahan keras oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam.

Himpunan ICERD ini akan dihadiri oleh dua Presiden parti politik yang senior iaitu Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (PAS) dan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) serta lain-lain NGO yang menyokong bantahan ICERD.

*Gambar Hiasan

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

eighty seven − = seventy seven