“Maafkan Saya” – Tun Abdul Hamid

“Maafkan Saya Tidak Dapat Hadir…- Tun Abdul Hamid

Oleh: Asmaa

“Saya pohon maaf tidak dapat hadir bersama tuan-tuan dan puan-puan kerana keadaan kesihatan saya tidak mengizinkan.”

Demikian kenyataan yang dikeluarkan Bekas Ketua Hakim Negara, menerusi Amanat Tun Abdul Hamid.

Namun demikian, beliau tetap mengharapkan seluruh rakyat menyokong himpunan ICERD dan berpesan supaya berhimpun secara aman.

“Saya harap umat Islam dan bangsa Melayu yang hadir di sini akan berhimpun dengan aman, berakhlak dan bersopan sambil menyatakan pendirian mereka dengan tegas.

“Kita menentang ICERD kerana ia bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Pesekutuan mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak yang telah dipersetujui oleh semua kaum sebelum Merdeka,” ulasnya.

Tambah beliau, orang Melayu tidak pernah mempersoalkan hak yang diberikan kepada orang bukan Melayu.

Maka ulasnya, orang bukan Melayu dan kerajaan Pakatan Harapan janganlah cuba menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak.

Bekas Ketua Hakim Negara itu berkata tidak ada tolak ansur dalam hal ICERD.

“Bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia hendaklah bersatu dan mempertahankan hak mereka.

“Anak-anak negeri Sabah dan Sarawak perlu sedar bahawa jika hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan, hak keistimewaan mereka juga akan hapus,” katanya.

Memetik kenyataan sama, Tun Abdul Hamid menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya menghormati peruntukan Perlembagaan Malaysia dan bersama membina sebuah negara Malaysia yang aman, tenteram, makmur dan maju.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ five = fifteen