ICERD: Kelantan Umum Cuti

ICERD: Kelantan Umum Cuti

Oleh: Asmaa Yusof

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Ahmad bin Yakob mengumumkan 9 Disember sebagai cuti peristiwa bagi memberi laluan kepada rakyat menghadiri himpunan ICERD.

Keputusan tersebut dibuat beliau menerusi kenyataan rasminya hari ini.

Katanya, sempena dengan Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD di Dataran Merdeka pada 8 Disember 2018 (Sabtu), beliau menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menghadiri himpunan tersebut bagi menzahirkan kecintaan kepada negara Malaysia dengan mesej yang jelas supaya keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia dijaga dan dipelihara.

“Kerajaan Negeri Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa untuk Negeri Kelantan pada 9 Disember 2018 (Ahad) bagi memberi ruang kepada rakyat Kelantan menguruskan perjalanan dengan lancar dan selamat ketika menghadiri himpunan tersebut.

“InsyaAllah, kita akan berhimpun secara aman dan berakhlak mulia tanpa sebarang bentuk provokasi serta mengikut segala panduan dan arahan pihak berkuasa,” demikian kenyataan beliau.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

twenty three + = 26