1500 Ulamak dan Ilmuan Dari 80 Negara Sertai Mesyuarat Agong KUIS

1500 Ulamak dan Ilmuan Dari 80 Negara Sertai Mesyuarat Agong KUIS

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS) mengadakan Himpunan Umum kali ke-5 bermula semalam, Sabtu di Istanbul, Turki.

Lebih 1,500 orang ulamak daripada 80 buah negara menyertai himpunan tersebut sekaligus menyaksikan kehadiran peserta terbesar ke himpunan itu sejak penubuhan KUIS pada tahun 2004.

Himpunan yang berlangsung sehingga Khamis depan juga bakal menyaksikan majlis pemilihan bagi jawatan Presiden, Timbalan dan Naib Presiden, Setiausaha Agung dan pembantunya, serta undian bagi memilih jawatankuasa pemegang amanah bagi KUIS.

Menurut laman sesawang KUIS, senarai jawatankuasa pemilihan yang berpangkalan di Doha Qatar telah diterbitkan bagi menjalankan tugas-tugas pentadbiran untuk memastikan proses pemilihan telus. Pemilihan dibuat menggunakan sistem elektronik dan diawasi pakar-pakar perundangan serta hakim yang mana mereka ini tidak boleh dipilih di mana-mana peringkat pemilihan KUIS.

6 siri bengkel kerja turut dijadualkan berlangsung merangkumi penambahbaikan dalam bidang politik dan ekonomi ummah serta langkah-langkah menjaga maslahat dalam kalangan mereka.

KUIS merupakan sebuah organisasi Islamik dan berjiwa rakyat, ditubuhkan pada tahun 2004 di Dublin, Ireland serta dianggotai negara-negara Dunia Islam serta turut disertai sebahagian minoriti Muslim dan persatuan-persatuan berkaitan.

KUIS juga merupakan badan yang tidak terikat dengan mana-mana negara serta mempunyai identiti, undang-undang serta sumber kewangan tersendiri.

Pada tahun 2011, ibu pejabat KUIS berpindah ke Doha, Qatar atas persetujuan majlis eksekutif kesatuan itu. KUIS secara keseluruhannya terdiri daripada keanggotaan umum, majlis pemegang amanah serta pejabat eksekutif.

Objektif KUIS adalah untuk menjadi rujukan utama dalam menangani isu-isu semasa umat Islam dalam berinteraksi secara damai di atas muka bumi ini.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ sixty five = sixty six