KUIS Seru Dunia Bersatu Bebaskan Tawanan Para Ulamak

KUIS Seru Dunia Bersatu Bebaskan Tawanan Para Ulamak

Kesatuan Ulama Islam Sedunia, KUIS menafikan secara tegas tentang perkaitan mereka dengan pengganas yang telah dibuat oleh beberapa negara. Bahkan KUIS secara terang-terangan menyingkap keganasan yang cuba ditutup oleh sesetengah pihak.

KUIS juga mengingatkan bahawa permusuhan yang dilancarkan terhadap ulamak dengan memenjarakan mereka hanya kerana mereka berkata benar merupakan perbuatan yang terkutuk.
.
Dalam masa sama, KUIS meminta kepada para pembesar, para ulamak dan para pemikir agar bersama-sama dalam usaha membebaskan semua tawanan yang dipenjarakan kerana menyatakan pandangan yang benar dan menasihati ke arah kebaikan seperti Sheikh Salman Al-Audah.

KUIS menyatakan kebimbangan yang serius mengenai isu penghakiman terhadap para tahanan yang menyatakan pendapat yang benar dan memberi nasihat. Mereka dari golongan ulamak, para pemikir dan orang-orang soleh seperti Sheikh Salman Al-Audah. Dr Aidh Al-Qarni, Dr Khalid Al-‘Ajamie, Dr Ali Al’Umri, Dr Ali Badhah, Sheikh Soleh Ali Talib dan Sheikh Dr Ali Al Fauzan.

Mereka merupakan golongan ulamak Rabbani yang tidak memberontak kepada negara bahkan mereka menyampaikan nasihat yang ikhlas tanpa sebarang kepentingan. Disebabkan perkara itu mereka dipenjara di negara yang asas pegangannya bersumberkan Islam.

Sesungguhnya Islam terbina atas dasar saling berpesan kepada kebenaran dan kesabaran: atas nasihat, tunjuk ajar dengan hikmah dan kata-kata yang baik sehingga Rasulullah SAW mengkhususkan hadis ke atasnya yang bermaksud;

Agama itu ialah nasihat.(sebanyak tiga kali) kami berkata “Kepada siapa?” Rasulullah SAW berkata “Keada Allah,Rasulnya,para pimpinan Islam dan umat keseluruhannya”

Setiap manusia walaupun sebagai seorang pemimpin besar perlu menasihatkan dan dinasihati.

Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang disertai oleh puluhan ribu para ulamak persatuan-persatuan, ikatan-ikatan keilmuan dari serata alam berpendapat dan menegaskan bahawasanya:

Pertama: Kami menolak dengan tegas tohmahan yang mengaitkan Kesatuan Ulama Islam Sedunia dengan keganasan. Sedangkan KUIS disertai dan dianggotai oleh ulamak-ulamak yang terpilih dibina atas asas manhaj pertengahan. KUIS juga berpendirian menentang keganasan dan menyingkap tentang kumpulan-kumpulan pengganas yang dicipta oleh sesetengah negara, yang pada waktu ini, mengambil manhaj dan kumpulan-kumpulan pemikiran tertentu.

Selayaknya ditegaskan di sini bahawasanya Kesatuan Ulama Islam Sedunia menjaga hak-hak nya dan anggota-anggotanya dengan wasilah-wasilah syarie dan undang-undang tersedia.

Kedua: KUIS menuntut ketua-ketua dan ulamak-ulamak rabbani dari segenap pertubuhan untuk bersama-sama menyokong pembebasan para tawanan di negara Saudi dan negara-negara lain. Mereka semua dipenjarakan semenjak tempoh yang panjang tanpa pengadilan. Hari ini,mereka dihakimi dengan tohmahan yang salah.

Ketiga: KUIS mengingatkan bahawa tindakan memusuhi para ulamak dan memenjarakan mereka hanya kerana mereka berkata benar, menasihati dengan perkara yang baik, menyeru ke arah perdamaian, menangis kerana kebimbangan terhadap pertembungan syariah yang berlaku di dua tanah haram serta tindakan mereka memberi peringatan tentang akibat perkara maksiat adalah tindakan terburu-buru.

Sedangkan nas-nas yang terdapat di dalam Al-Quran dan As-Sunnah jelas menyatakan tindakan memusuhi para ulamak selamanya tidak akan sekali-kali mendatangkan kebaikan bahkan ianya mendapat kutukan dan celaan di sisi Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak.”
[Surah Ibrahim :42]

Kami memohon kepada Allah SWT agar memperbaiki hal keadaan hamba-hambaNya dan memelihara kesemuanya dari kemurkaan dan pembalasannNya yang dahsyat.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− one = 1