KUIS : Mengutuk Perbicaraan Secara Rahsia Dan Penangkapan Secara Kejam Para Ulamak

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS) mengutuk perbicaraan secara rahsia dan penangkapan secara kejam para ulamak.

KUIS juga menolak secara mutlak keganasan dan pendudukan oleh beberapa negara, bahkan ia bagi mendedahkan keganasan yang tersembunyi di sebalik beberapa buah negara.

KUIS memberi amaran terhadap anti ulamak yang dipenjarakan kerana bercakap benar.

Kami memohon kepada dunia Islam dan pemimpinnya yang ikhlas, para ulamak, dan pemikir agar campur tangan secara terang-terangan untuk membebaskan semua tahanan politik, dan golongan penasihat seperti Sheikh Salman al-Audah, Sheikh Sharif Musa Wad, Dr. Safar al-Hawali, Dr. Nasser Al-Umar dan lain-lain.

KUIS menzahirkan kebimbangan pada permulaan perbicaraan tahanan politik, para penasihat dan ahli doa, dari ulama Rabbiniyyin, para pemikir dan yang seumpama mereka, seperti Sheikh Salman al Audah, Dr. Musa Sharif, Dr. Nasser Al-Umar, Dr. Safar al-Hawali, Dr. I’wad Al-Qarni, Khalid Al-Ajimi, Dr. Ali Al-Umari, Dr. Ali Badhadah, Sheikh Saleh Al-Talib, dan Sheikh d. Abdul Aziz Al-Fawzan, dan lain-lain.

Ulamak Rabbaniyyin ini tidak melakukan reformasi di negara mereka, akan tetapi mereka hanya menyampaikan nasihat dan teguran dengan penuh keikhlasan tanpa kepura-puraan dan pilih kasih. Namun, penjara telah menjadi hukuman ke atas mereka di negara yang diasaskan atas dasar Islam dan ajaran tauhid ini.

Tidak syak lagi bahawa agama ini adalah berdasarkan kepada penyembahan Allah, kebenaran dan kesabaran, juga atas dasar nasihat berhikmah dan bimbingan yang baik, sepertimana yang disabdakan Nabi Muhammad SAW: “Agama itu nasihat (diulang sebanyak tiga kali) kami berkata: “untuk siapa?” Baginda menjawab,” untul Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya dan para imam/pemimpin kaum muslimin dan kaum bersama mereka ” Hadis Sahih yang Masyhur.

Setiap manusia, walaupun imam/pemimpin kepada umat Islam wajib menasihati dan dinasihatkan.

Kami dari kesatuan Ulamak Islam Sedunia Dunia yang menghimpunkan puluhan ribu ulamak seluruh dunia, berpuluh-puluh persatuan dan institusi Islam menyatakan pendapat kami, dengan tegas seperti berikut:

Pertama, kami menolak secara mutlak tuduhan bahawa Kesatuan ini adalah pengganas, Kesatuan ini menghimpunkan ulamak-ulamak yang terpilih, yang mana mengambil pendekatan secara sederhana, menentang keganasan dan mendedahkan kumpulan pengganas yang dicipta oleh beberapa buah negara. Ianya ditubuhkan ketika mana di beberapa buah negara sedang mengambil manhaj golongan Takfiri.
Kesatuan akan terus mengekalkan haknya untuk mempertahankan nama dan ahli-ahlinya dengan segala cara undang-undang dan undang-undang yang ada.

Suka kami untuk menyebut bahawa Kesatuan mengesahkan bahawa sebahagian ulama Arab ketika mana hendak menyertai Kesatuan campuran melalui salah satu kementerian Mahkamah Di Raja ketika pemerintahan Raja Abdullah – rahimahullah- mereka diberikan keizinan.

Kedua: Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, pemimpinnya yang ikhlas dan para ulamak rabbaniyyin dan institusi-institusi awam agar campur tangan dalam membebaskan semua tahanan politik di Arab Saudi dan lain-lain, mereka yang dipenjarakan untuk masa yang lama tanpa dibicarakan, dan hari ini mereka cuba untuk didakwa dengan pelbagai tuduhan palsu.

Ketiga: Kesatuan mengutuk sekerasnya perbicaraan secara rahsia, layanan buruk dan penahanan yang membawa kepada kematian beberapa orang tahanan. Perbuatan ini tidak boleh diterima dalam Islam dan nilai kemanusiaan.

Keempat: Kesatuan memberi amaran tentang akibat anti-Ulamak dan mereka yang dipenjarakan hanya kerana mereka berkata benar dan memberikan nasihat yang baik, ataupun hanya kerana mereka menyeru kepada perdamaian antara sesama rakyat, ataupun hanya kerana mereka menangis ketika melihat secara jelas penyelewengan yang berlaku di dua buah tanah haram yang mulia ataupun hanya kerana mereka memberi amaran kepada para pelaku maksiat!

Nas-nas sahih yang termaktub dalam AlQuran dan Hadis Nabi SAW menunjukkan bahawa perbuatan menentang para ulamak ini merupakan perbuatan yang tidak akan membawa kebaikan. Ia adalah petanda buruk dan mengundang murka Allah SWT.
“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)” (Surah Ibrahim: 42)

Kami memohon kepada Allah SWT kebaikan bagi negara dan rakyatnya, dan melindunginya dari mendapat murka dan hukuman Allah. Amin
Prof. Dr. Ali Qura Daghi
Setiausaha Agung

Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Pengerusi

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− one = one