KUIS Mengutuk Keganasan Terhadap Penunjuk Perasaan di Iraq

KUIS Mengutuk Keganasan Terhadap Penunjuk Perasaan di Iraq

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS) menzahirkan rasa dukacita atas tragedi yang melanda Iraq mutaakhir ini. Penjajahan, campur tangan negara luar, serta mereka yang bersubahat harus bertanggungjawab terhadap tragedi ini.

Pihak kerajaan juga digesa mendengar dan menerima tuntutan-tuntutan rakyat Iraq seluruhnya; sebagaimana permintaan para demostran agar kepentingan umum dan peribadi tidak diceroboh.

Rakyat Iraq juga menyeru agar sikap kepuakaan dan perkauman dihentikan serta memberi tumpuan kepada perkara yang dapat menyatupadukan mereka.

KUIS mengikuti perkembangan negara tersebut yang mendukacitakan akibat kezaliman-kezaliman, penjajahan penuh amarah, perpecahan penuh hasad serta kemusnahan yang berleluasa hingga ke akar umbi, peperangan dalaman, ISIS dan lain-lain.

Semua ini menyebabkan kemusnahan Iraq, ketamadunannya, reputasinya, aspirasinya serta hubungan-hubungan yang pernah negara itu capai.

Perkara tersebut juga menyebabkan jutaan rakyat pertengahan bermazhab sunni berhijrah, kemiskinan dan kemunduran serta kehilangan nilai kemanusiaan, hak sosial dan ekonomi; bahkan majoriti penduduk tidak dapat menikmati kemudahan bekalan elektrik, air bersih serta ubatan mencukupi.

Lebih buruk lagi, rakyat Iraq juga ditekan dengan penguasaan pihak tertentu dalam kerajaan pasca-penjajahan yang menyebabkan negara itu dibelenggu korupsi dari sudut ekonomi, politik serta sosial hingga ke akar umbi.

Agensi berita The Guardian dari Britain menerbitkan sebuah artikel bertajuk ‘Tiada Harapan Mereformasi Kemusnahan Dialami Iraq’ (sumber: Al-Jazeera, 20/02/2016).

Di samping itu, Iraq juga sebaris dengan 5 lagi negara Arab (Yaman, Syria, Sudan, Somalia dan Libya) dalam senarai negara-negara yang terkebelakang dalam laporan dari Transparency International pada persepsi rasuah tahun 2015 di mana negara itu menduduki tangga ke-168.

Iraq turut disenaraikan antara negara yang tinggi kes rasuah di dunia di samping Syria, Libya, Sudan dan Somalia dalam kalangan 177 negara. Negara tersebut juga mencatatkan 30% kadar pengangguran, 20% kadar buta huruf, serta 35% rakyatnya hidup di bawah paras kemiskinan. Keluasan tanah-tanah pertanian merosot; begitu juga perindustrian. Iraq juga memerlukan 1,000 sekolah lagi manakala hutang negara tersebut mencecah USD 124 bilion. Ketirisan wang awam mencecah USD 450 bilion manakala bandar Basra dilihat sebagai wilayah paling miskin, mempunyai kadar pengangguran dan kes rasuah tertinggi, serta kekurangan sumber air bersih dan ubatan. Wilayah itu juga paling terdedah kepada pelbagai penyakit hingga sebilangan warga emas menyifatkan bahawa negara Iraq hari ini telah dipimpin sekumpulan geng mafia.

Angka kematian dalam kalangan rakyat Iraq sejak penjajahan 2013 hingga awal 2017 mencatatkan kira-kira 430,00 kematian, 620,00 kecederaan; 30% dari jumlah itu mengalami kecacatan kekal, 58,000 orang lagi hilang serta 271,000 orang ditahan di mana 187,000 tahanan tidak mendapat pengadilan hingga kini.

Semua ini dan banyak lagi angka tragedi kemanusiaan dapat diperolehi dari laporan Pusat Kajian Ufuk Masa Hadapan bagi mengenalpasti desakan-desakan penduduk Basra.

Demikian keadaan negara Iraq pasca-penjajahan Amerika Syarikat (AS) yang kononnya disifatkan George W. Bush 2 sebagai usaha menjadikan negara itu model demokrasi dan kemakmuran. Malangnya hari ini, selepas 15 tahun dijajah, negara itu hanya menjadi model rasuah serta pencabulan hak asasi manusia dengan peperangan, serta pembunuhan di luar kawalan undang-undang, penahanan, penculikan, penghijrahan serta buang daerah.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula menyatakan bahawa anggota keselamatan Iraq dan militan yang menyebelahi mereka telah melakukan pembunuhan yang menyalahi undang-undang, melakukan penderaan dan penahanan bahkan menghalau ramai mangsa. Tindakan-tindakan ini malahan dikira sebagai jenayah perang sebagaimana dijelaskan juga beberapa laporan lain dari Amnesty International.

PBB turut melaporkan jumlah pelarian dari negara itu mencecah 3.5 juta orang. Manakala semasa siri serangan ISIS di Mosul serta wilayah-wilayah Sunni, menghancurkan keseluruhan wilayah itu serta beberapa bandar lain.

Rentetan tragedi-tragedi ini, beberapa demonstrasi besar-besaran di kebanyakan wilayah, seperti gerakan yang meliputi wilayah penduduk sunni pada tahun 2013 dan 2014 serta gerakan di sebelah selatan meliputi lebih 6 wilayah penduduk syiah.

Rakyat Iraq telah menyaksikan lebih banyak kezaliman, kesengsaraan, pembunuhan, rasuah dan penyelewengan serta penyeksaan pasca-penjajahan. Mereka turut menyaksikan tanah air mereka diperkotak-katikkan pihak penjajah dan negara-negara serantau.

Gerakan didahului wilayah timur majoriti sunni dan selatan majoriti syiah diikuti wilayah-wilayah lain menggambarkan penentangan rakyat Iraq terhadap penjajahan serta ahli politik korup yang menyebabkan negara itu di ambang kehancuran. Mereka ini turut gagal melalukan walau 1 penambahbaikan kepada negara bahkan menyebabkan negara itu diancam kemunduran. Pilihanraya baru-baru ini pula menjadi saksi penipuan, rasuah dan penyelewengan yang meraja.

Ekoran tragedi-tragedi menimpa rakyat Iraq itu, KUIS ingin menegaskan perkara-perkara berikut:

1. KUIS menzahirkan rasa kesal serta dukacita atas tragedi-tragedi yang menimpa rakyat Iraq.

2. KUIS menuntut pihak penjajah, negara sekongkol dan penyokong mereka bertanggungjawab terhadap tragedi tersebut serta menanggung akibatnya di hadapan Allah SWT dan generasi mendatang serta sejarah.

3. KUIS menuntut Kerajaan Iraq memenuhi tuntutan-tuntutan para demostran; bahkan kehendak rakyat negara itu dari segenap wilayah- Selatan, Timur dan wilayah Tengah.

4. KUIS menyeru rakyat Iraq merintis jalan ke arah perkara-perkara berikut:

– Usaha bersungguh-sungguh mengembalikan aspirasi dan ketuanan rakyat Iraq, serta menghalang sebarang campurtangan dan pencerobohan asing.

– Menghapuskan rasuah dan penyelewengan di semua peringkat serta menghadapkan para pesalah ke muka pengadilan dan menjatuhi hukuman ke atas mereka melalui suruhanjaya dilantik.

– Mengatasi isu perpuakan, menghapuskan rangkaian militan berkaitan, serta membina Iraq atas asas semangat nasionalisme dan ketuanan, ketenteraan milik negara serta organisasi berdaulat. Begitu juga kerajaan dan jawatankuasa semak-imbang hendaklah diasingkan sama sekali.

– Mengamalkan ketelusan ketika membelanjakan harta negara untuk rakyat dengan adil dan saksama tanpa prasangka dan pilih kasih.

– Segera memenuhi keperluan kehidupan serta kemudahan kesihatan, di samping sumber air bersih dan bekalan elektrik. Begitu juga penyelenggaraan infrastruktur, pembinaan universiti-universiti dan sekolah-sekolah yang sebelum ini didahului negara itu mengatasi sebahagian negara maju lain.

– Usaha bersungguh-sungguh mencapai pembangunan menyeluruh, ekonomi kukuh serta pelaburan pelbagai bidang. Iraq boleh menjadi negara paling kaya sekiranya golongan korup tiada dan hanya ada mereka yang mahu melakukan pembaikan.

5. KUIS menyeru semua rakyat Iraq bersatu atas kebenaran dan keadilan, kesaksamaan dan aspirasi negara. Mereka juga diseru agar menjauhi perpecahan; bahkan cukuplah apa yang mereka lalui kini mengakibatkan perpecahan ideologi kepuakan hingga membawa kehancuran.

KUIS juga menyeru agar demostrasi mereka dilakukan dengan aman jauh dari keganasan dan kemusnahan dalam apa bentuk sekali pun.

Dalam masa sama, KUIS mengecam keganasan menimpa para demonstran, mendoakan kesejahteraan kepada mangsa yang maut serta mendoakan mangsa yang tercedera supaya segera dikurniai kesembuhan.

Firman Allah SWT maksudnya:

“Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan kezaliman, akan mengetahui kelak ke tempat mana mereka akan kembali.” (Surah al-Shu’araa: 227)

Al-Sheikh Dr. Ali Qurrah Daghi

Setiausaha Agung,
Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS).

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ seventy = 76