Operasi Orchard Israel Menyekat Projek Nuklear Syria

OPERASI ORCHARD ISRAEL MENYEKAT PROJEK NUKLEAR SYRIA

Seawal 2004, Israel menghidu lalu mengumpul maklumat berkenaan projek rahsia Syria yang sedang membangunkan kompleks fasiliti bagi senjata nuklear di sebuah kawasan terpencil bernama al-Kabar. Bagi Israel, jika Syria mempunyai senjata nuklear maka ia adalah ancaman dahsyat ke atas Israel.

Projek nuklear Syria tersebut mendapat bantuan teknologi dari Korea Utara. Pada 2007, Israel menjalankan misi rahsia ke al-Kabar bagi mendapatkan sampel tanah dan air di sana, untuk dianalisa status operasi reaktor nuklear tersebut. Lalu Israel melancarkan serangan udara melalui ruang udara Turki untuk sampai ke al-Kabar dengan selamat. Mereka berjaya memusnahkan kompleks nuklear Syria di al-Kabar. Serangan tersebut dinamakan sebagai Operasi Orchard.

Sungguhpun begitu, Israel tetap merasa terancam dengan Syria. Mereka bingung bagaimana Syria boleh membangunkan projek Nuklear bersama Korea Utara selama 7 tahun secara cukup rahsia tanpa berjaya dikesan oleh Mossad. Syria dilihat tidak serik dengan projek pembangunan senjata nuklear dan dijangkakan akan memulakan projek baharu mereka. Jeneral Sulaiman merupakan perancang utama yang menggerakkan projek senjata nuklear Syria berjaya dibunuh oleh sniper Israel dalam satu operasi pada 2008.

Plot seperti ini menjelaskan pembayang mengapa dicetuskan konflik perang saudara berpanjangan di Syria. Selain itu, Syria juga memberi keistimewaan kepada Hamas untuk berpengkalan di Yarmuk hinggalah hubungan Hamas dan Syria hancur ketika tercetusnya Arab Spring pada 2011.

Yang pasti dari tragedi panjang ini, Israel semakin selesa di rantau berdarah tersebut. Malangnya negara-negara Arab sekeliling Israel samada semakin dikuasai oleh kepentingan Zionis, atau manjadi mangsa perang proksi kelolaan Amerika yang mengorbankan nyawa sesama ahli kiblat. Senario ini hanya menjamin survival Israel.

Abdul Mu’izz Muhammad
16 Julai 2018.

 

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

four + one =