Al-Quran Memaparkan Kisah Firaun, Si Politikus Jahat Yang mempunyai 3 jentera

Al-Quran memaparkan kisah Firaun, si politikus jahat yang mempunyai 3 jentera penting:

⚫ Think tank politik : Firma pemikir dan pusat kajian yang menjadi tulang belakang kepada Firaun. Diketuai oleh Haman. Banyak mempengaruhi langkah politik Firaun.

⚫ Kontraktor : Kumpulan konglomerat yang dikuasai oleh Qarun. Membiayai aktiviti-aktiviti batil Firaun. Gabungan kuasa lobi ekonomi dan politik.

⚫ Propagandis : Ahli-ahli sihir yang bertugas mengaburi persepsi umum. Tali kelihatan ular. Diriwayatkan Firaun mempunyai 80k ahli sihir (cybertroopers). Seperti sihir media hari ini, membentuk persepsi yang baik kelihatan jahat, yang jahat kelihatan baik. Merupakan jentera Firaun yang cukup banyak menelan belanja.

Sesiapa yang bergantung dengan internet lebih dari berpandukan al-Quran, hadith dan sirah, maka dia cukup berisiko disampuk sihir media.

Segala kisah dan watak yang terkandung di dalam Al-Quran, akan terus kekal hingga kiamat.

Ustaz Abdul Mu’izz

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

sixty seven − = 62