Perutusan Nuzul Al-Quran 1439H

PERUTUSAN NUZUL AL-QURAN 1439H

Bulan Ramadan bukan sekadar mengingatkan kita dengan berpuasa di siang hari, tetapi bulan ini juga mengingatkan kita dengan bulan Al-Quran, mukjizat ilmu paling agung kepada umat akhir zaman sehingga ternyata kebenarannya melalui kajian sains dan berjaya mengalahkan teori falsafah barat. Firman-Nya:

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ [البقرة: 185]

”Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” [Al-Baqarah: 185]

Umat Islam mengalami zaman kelemahan apabila meninggalkan petunjuk Al-Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W serta salah cara melaksanakannya kerana tidak berilmu dan meninggalkan budaya ilmu.

Sepatutnya dalam kita menikmati hidup di Bulan Al-Quran, menyedarkan setiap manusia betapa pentingnya kembali kepada pelaksanaan Al-Quran yang sempurna dan menyeluruh sama ada dalam aspek ibadat, akhlak, ekonomi, politik, sosial, perundangan, pendidikan dan sebagainya.

Al-Quran dan As-Sunnah wajib diangkat menjadi hukum tertinggi negara melangkaui Perlembagaan Persekutuan dan segala hukum ciptaan manusia, kerana menjadi tanggungjawab bagi sesiapa berkuasa meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah di tempatnya yang tertinggi. Inilah tanggungjawab generasi terkini setelah generasi terdahulu berjaya meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan.

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran 1439H kepada seluruh umat Islam walau di mana jua berada. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan membaca Al-Quran, menghayati maknanya dan melaksanakan kandungannya dalam seluruh kehidupan individu, bermasyarakat dan bernegara.

”Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia

PERUTUSAN NUZUL AL-QURAN 1439HBulan Ramadan bukan sekadar mengingatkan kita dengan berpuasa di siang hari, tetapi…

Posted by Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang on 1hb Jun 2018

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

84 − = eighty three