Memperingati Nakba ‘Malapetaka’ Palestin

Memperingati Nakba ‘Malapetaka’ Palestin

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS) menggesa pengembalian hak secara menyeluruh kepada rakyat Palestin.

Hak mereka (rakyat Palestin) tidak akan hilang dengan menjadi pendudukan, tidak kira berapa lama pun.

Kesatuan menyeru seluruh umat Islam, para pemimpin dan rakyatnya untuk mempertahankan dan memulihkan hak ini.

Kesatuan juga mengeluarkan fatwa akan pengharaman dalam melepaskan hak ini, dan sesiapa yang dibunuh dalam keadaaan tidak memiliki wang dan tanah adalah dianggap sebagai seorang syahid.

Sheikh Dr. Ali Mohyyiddin Qura Daghi, Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Islam Sedunia menegaskan sokongan beliau bersama isu Palestin yang mana merupakan isu utama yang menjadi perhatian seluruh dunia.

Ia juga merupakan satu-satunya isu yang menyatukan umat Islam, kerana padanya terdapat undang-undang syariah, undang-undang hak asasi manusia, sejarah dan pergolakan emosi.

Ia juga menjadi satu panji yang menyatukan kumpulan-kumpulan yang terpisah.

Beliau juga turut mengutuk segala tindakan keganasan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin, yang mempertahankan tanah dan kehormatan mereka; juga tindakan pengusiran dalam mempertahankan hak mereka sehingga telah mencapai lima juta pelarian Palestin di seluruh dunia.

Selain daripada pengusiran lebih daripada 760,000 rakyat Palestin dari tanah mereka, inilah yang dinamakan ‘malapetaka’.

Beliau berkata, dalam memperingati peristiwa Nakba ‘malapetaka’ Palestin, marilah kita sama-sama memperbaharui janji dan sumpah kita semua untuk tetap setia kepada isu ini.

“Kita berpegang kepada hak kita. Menolak penyerahan diri dan segala penghinaan.

“Samada kita mencapai jihad kemengan atau mati syahid.

“Kepulangan semula tidak akan tercapai melainkan dengan kebangkitan,” katanya.

Beliau turut menegaskan fatwa pengharaman melepaskan hak Palestin adalah bertepatan dari sudut syariah dan undang-undang, di mana-mana inci tanah yang diduduki Palestin merupakan amanah ke atas bahu kita semua.

Sheikh Qura Daghi menjelaskan, tindakan itu akan ditanya di hadapan Allah SWT; di hadapan generasi akan datang.

“Tidak syak lagi bahawa kebenaran akan menang dan ketidakadilan jatuh dan kezaliman akan runtuh tidak lama lagi -dengan izin Allah SWT.

“Allah SWT berfirman: “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” (Surah An Nur:55)

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

six + three =