PRU 14…Warga Malaysia, Inilah Pesananku

BAYAN LINNAS SIRI KE – 131 : PRU-14… WARGA MALAYSIA, INILAH PESANANKU

Baca amanat penuh SS Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri bersempena PRU-14 di: https://goo.gl/HC8jN4

“Bahang dan suhu Pilihan Raya semakin menuju ke arah puncaknya. Insha Allah, pada 9 Mei 2018 semua warga Malaysia yang berkelayakan akan membuang undi di tempat-tempat yang telah ditetapkan. Bermula dengan pembubaran parlimen diikuti dengan penetapan tarikh pencalonan dan pengundian, seterusnya telah berlangsung proses penamaan calon dan juga pembuangan undi awal oleh pasukan keselamatan dan mereka yang diberikan undi awal, makanya yang berbaki adalah pengundian bersifat nasional pada esok hari insha Allah.

Kita juga telah dihidangkan dengan pelbagai ceramah dan kempen dalam pelbagai bentuk kreativiti dan cara untuk meraih sokongan kepada parti masing-masing dengan harapan agar dapat memperolehi kemenangan dalam PRU-14 ini. Justeru, saat ini kami merasa terpanggil untuk mengemukakan sedikit pesanan kepada seluruh khalayak dalam menghadapi PRU-14 dan juga selepasnya.

Kami tajukkan Bayan Linnas pada kali ini dengan PRU-14: Warga Malaysia, Inilah Pesananku. Semoga PRU-14 pada kali ini berjalan dengan selamat dan penuh dengan keharmonian.

Sesungguhnya pesanan adalah sifat yang baik. Dengan sebab itu, Allah SWT menyebut dengan firman-Nya:

وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Maksudnya: “…dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

(Surah al-Asr: 3)”

Baca amanat penuh sempena PRU-14 esok di: https://goo.gl/HC8jN4

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

eighty three + = 84