Apa cerita prestasi PAS di Kelantan? Ini Penjelasan Dr. Zuhdi

Apa cerita prestasi PAS di Kelantan? Ini Penjelasan Dr. Zuhdi

Oleh: Aishah Halim

Satu forum bertajuk ‘Agenda Ekonomi Bumiputera: Siapa Lebih Juara’ telah diadakan di Petaling Jaya menampilkan wakil dari BN, PH dan Gagasan Sejahtera Jumaat lalu.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mewakili Gagasan Sejahtera memberi penjelasan yang baik terhadap soalan berkaitan rekod baik PAS ketika memerintah.

Tegasnya, konsep kekayaan perlu difahami berdasarkan kepada falsafah ekonomi Islam bukannya menurut falsafah liberalisme.

Mengulas lanjut hal tersebut, Dr. Zuhdi menyatakan sekiranya menurut ekonomi Islam, kekayaan iaitu harta perlu berada di bawah; iaitu pada rakyat.

Katanya lagi, ketetapan demikian adalah supaya harta itu tidak hanya berlegar dalam kalangan orang-orang kaya sahaja.

“Sebab itu bila kita nak membangunkan sesebuah negara, kita kena membangunkan rakyat bukan membangunkan golongan atasan.

“Golongan atasan itu menerima limpahan apabila rakyat dibangunkan,” kata beliau.

Tegasnya, rakyat memiliki kuasa pembeli yang kuat yang akan mewujudkan ‘demand’ seterusnya ia akan mewujudkan industri sama ada berbentuk kecil, sederhana dan seumpanyanya.

Mengambil contoh pentadbiran kerajaan Kelantan, Dr. Zuhdi menerangkan bahawa walaupun kerajaan Kelantan dikatakan miskin, tetapi dari segi fizikal, hyper market menjadi contoh bukti bahawa rakyat Kelantan mempunyai kuasa pembeli yang tinggi

 

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

thirty seven − thirty two =