Teknokrat Solusi Kemelut Negara Yang Kian Membarah

Teknokrat Solusi Kemelut Negara Yang Kian Membarah

Oleh: Faris Mahfuz

Kerajaan teknokrat tidak boleh terlibat dengan ekonomi yang berlumba dengan rakyat, demikian ulas Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS), Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Penjelasan tersebut dibuat beliau semasa menjawab persoalan yang diajukan seorang ahli perniagaan berkenaan Kerajaan Teknokrat semasa sesi soal jawab di Town Hall baru-baru ini.

Beliau turut memetik kata-kata Ibnu Khaldun iaitu “jika kerajaan terlibat dalam ekonomi yang berlumba dengan rakyat, maka ianya akan membawa kepada keburukan.”

Selain itu, beliau turut memetik Hadis Nabi yang menyebut bahawa orang yang pilihan pada zaman Jahiliah sekali pun mereka merupakan orang pilihan pada zaman Islam.

Hadi menghuraikan hadis tersebut yang membawa maksud jika mahu tegakkan Islam, kita mesti ambil kepakaran walaupun dalam kalangan orang Jahiliah sekalipun dengan syarat mereka faham apa itu Islam.

“Sebab itu kita mencadangkan bukan sekadar kementerian dan exco dipilih dalam kalangan orang Islam sahaja tetapi pemilihan itu kena termasuk juga dalam kalangan orang bukan Islam yang ada kepakaran dalam bidang masing-masing yang tidak berkait dengan akidah negara”.

“Ini keistimewaan yang ada dalam Islam yang mana tidak ada dalam mana-mana ideologi lain.

“Biasanya, ideologi lain mesti melantik dalam kalangan penganut ideologi negara.

“Jika Demokrat menang, semua struktur pentadbiran dalam kalangan Demokrat. Hal ini berlaku di Amerika Syarikat, England dan lain-lain.

“Tapi kita orang Islam boleh ambil siapa saja yang ikhlas untuk bersama dengan pemerintah,” kata beliau.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

twenty two − = twelve