Pemuda Yang Teguh Prinsip

Pemuda Yang Teguh Prinsip

Allah nukilkan kisah ashabul kahfi ini golongan muda remaja. Bukannya orang-orang tua. Pengajarannya supaya kita perlu mendidik generasi muda agar mengikut acuan Quran dan melahirkan pemuda-pemuda yang beriman kepada Allah dengan seteguh-teguhnya.

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. (Al-Kahfi 10).

Pemuda yang Allah penuhkan dalam hati mereka, ashabul kahfi dengan iman. Tiada keraguan dalam jiwa mereka dan tidak mudah terpengaruh dengan kebatilan.

وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَٰهًا لَّقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا

Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” ( Al-Kahfi 14).

Kisah-kisah dalam al-Quran sudah memadai untuk dijadikan ibrah dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang muslim yang beriman kepada Allah.

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (Sad 29)

Salam Al-Kahfi

Mohamad Farouk Hamzah

30 Mac 2018

*Artikel ini tidak mewakili kenyataan Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

fourteen − twelve =