Perutusan Sempena Sambutan Hari Polis Ke-211

PERUTUSAN SEMPENA SAMBUTAN HARI POLIS KE-211

Kami mengucapkan Selamat Hari Polis ke-211 kepada seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kami merakamkan ucapan terima kasih atas jasa dan usaha pihak polis menjaga keamanan dan keselamatan negara daripada segala ancaman sama ada dalam negara atau luar negara.

Sesungguhnya menjaga keamanan dan kedamaian adalah satu keutamaan dalam pemerintahan Islam yang mendahulukan pendamaian.

Saya mendoakan seluruh anggota polis diberi kekuatan, kesabaran dan ketahanan sepanjang menjalankan tugas demi memastikan negara yang tercinta ini aman dan sejahtera.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia

Bertarikh: 8 Rejab 1439 / 25 Mac 2018

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

29 + = thirty eight