Sekolah Henry Gurney Cemerlang SPM

Sekolah Henry Gurney Cemerlang SPM

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri telah membuat kunjungan mahabbah ke Sekolah Henry Gurney Rabu lalu.

Sinonim dengan seorang mufti yang berperwatakan rendah diri dan lembut tutur katanya, Dr Zulkifli mengadakan sedikit perkongsian dan sesi motivasi bersama mereka.

Memetik catatan ringkas beliau di laman media rasmi akaun Facebook Mufti Wilayah, Dr Zulkifli menceritakan pengalamannya di sana.

“Alhamdulillah, sesi perkongsian bersama anak-anak pelajar lelaki dan perempuan Sekolah Henry Gurney berlangsung dengan baik.

“Soalan-soalan yang dikemukakan juga melambangkan kesungguhan mereka untuk berubah dan menjadi insan yang berjaya di masa hadapan.

“Tahniah kepada para pentadbir dan guru-guru di sini yang berjaya mendidik mereka,” katanya.

Selain itu, Dr Zulkifli turut menzahirkan penghargaan kepada warga Henry Gurney kerana sudi menerima kunjungan ziarah pihaknya.

Mengakhiri catatan, Mufti Wilayah itu memberitahu beberapa pesanan yang disampaikan kepada para pelajar di sana.

“Kami tinggalkan pesanan kepada mereka, “Ustaz nak tengok satu hari nanti, masa tu mungkin ustaz dah bertongkat.

“Anak-anak tegur ustaz, genggam tangan ustaz.

“Anak-anak perkenalkan diri..”Saya Dr, saya Datuk, saya usahawan berjaya, saya dah berjaya dalam hidup. Saya bekas pelajar Henry Gurney.”

Beliau berpesan supaya mereka semua meupakan masa silam dan membuka buku baru serta mencipta kecemerlangan.

“Jangan tinggal solat dan doa kepada-Nya,” pesan beliau lagi.

Terbaru, Dr. Zulkifli mengucapkan tahniah kepada para pelajah Sekolah Henry Gurney itu setelah sekolah dinobatkan sebagai sekolah cemerlang dan berjaya mengekalkan kelulusan 100% SPM yang diumumkan semalam.

Kagum dengan keputusan itu, beliau berkata pelajar sekolah itu sudah mula melakar sejarah dan mendoakan keberkatan ilmu buat mereka.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

seventy seven + = 79