Serah sumbangan RM100,000 kepada Syria

KUALA LUMPUR: Melalui PAS Relief telah menyampaikan sumbangan kemanusiaan sebanyak RM100, 000 untuk Misi Kemanusia Ghoutah, Syria pada 12 Mac yang lalu.

“Syria baru-baru ini telah diserang dan berlaku pelarian terutama di kawasan Ghoutah. Sumbangan ini diberikan kepada Syria khususnya di kawasan tersebut”, kata Timbalan Presiden PAS Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sebelum itu, Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menyerahkan mock cheque kepada wakil NGO Syria – Sosial Development International (SDI).

PAS Relief adalah NGO yang bertanggungjawab untuk membantu golongan tertindas di Myanmar dan seluruh dunia yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Sanusi Mohd Nor.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

98 − ninety one =