Rombongan PM Palestin, Rami Hamdallah Diserang Semasa Memasuki Gaza

Rombongan PM Palestin, Rami Hamdallah Diserang Semasa Memasuki Gaza

Konvoi Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah semasa memasuki Semenanjung Gaza telah diserang selasa lalu.

Serangan tersebut mula meletup sejurus selepas Rami Hamdallah dan konvoinya melalui pos pemeriksaan Erez yang dikendalikan oleh zionis Israel, di utara Gaza.

Demikian lapor salah seorang wartawan Al Jazeera di Gaza menerusi portal berita mereka.

Perdana Menteri Palestin itu walaubagaimanapun tidak tercedera dan bersiaran di televisyen secara langsung tidak lama selepas kejadian. Namun, lima lagi cedera ringan dalam letupan itu.

Fatah, parti politik yang berpangkalan di Tebing Barat di mana kepunyaan Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyebutnya sebagai “serangan pengganas” dan menyalahkan Hamas, parti pemerintah di Gaza.

“Serangan ini adalah satu usaha untuk menghalang semua usaha perdamaian.

“Ini adalah langkah berbahaya yang bertujuan menyebarkan gangguan dan pertempuran di kalangan rakyat kita.

“Kami menuntut Hamas mempercepat penyiasatannya. Perkembangan itu membuktikan bahawa Hamas telah gagal sepenuhnya dalam menyediakan keamanan di Gaza, seperti yang telah gagal dalam menyediakan kehidupan yang layak untuk rakyat kami di jalur itu,” kata Munir al-Jaghoub, ketua jabatan maklumat Fatah di Pejabat Mobilisasi dan Pertubuhan.

Bercakap kepada Al Jazeera, Iyad al-Buzom, jurucakap kementerian dalam negeri Gaza, mengatakan perbuatan meletakkan kesalahan mempunyai dimensi politik tersendiri.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− one = 2