NGO Islam Gesa Kerajaan Henti Draf Akta Menyamaratakan Agama

NGO Islam Gesa Kerajaan Henti Draf Akta Menyamaratakan Agama

Oleh: Asmaa Yusof

Lebih 300 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam yang diketuai Ketua Sekretariat Ummah, Haji Aminuddin Yahaya menyatakan bantahan mereka terhadap cadangan pihak kerajaan untuk menggubal Akta Keharmonian Nasional.

Bantahan tersebut disuarakan Ketua Seketariat Ummah itu melalui satu sidang media semalam dengan mengemukakan beberapa prinsip utama.

Memetik ucapan beliau, Haji Aminuddin menjelaskan bahawa NGO-NGO Islam tidak dijemput mendrafkan akta tersebut; menyifatkan draf undang-undang itu sama ratakan Islam dan agama lain.

Katanya, kuasa Suruhanjaya terhadap isu-isu Islam dilihat mencampuri kuasa Sultan di negeri-negeri.

Tambah beliau, imuniti Suruhanjaya menyebabkan mereka tidak boleh diambil tindakan adalah tidak wajar dan bahaya.

“Kita lihat kuasa yang diberikan kepada Suruhajaya ini begitu besar dan mereka tidak boleh disaman ataupun diambil tindakan; ada kuasa imuniti yang begitu tinggi.

“Mereka juga berkuasa menyentuh isu-isu agama Islam itu sendiri.

“Ini bukan sahaja kita rasa boleh menggugat agama Islam malah ia telah masuk dalam kuasa negeri-negeri yang mana kita tahu agama Islam ini adalah dibawah Raja-Raja setiap negeri.

“Jadi kita nampak kuasa
Suruhanjaya ini begitu besar,” ujar beliau.

Menerusi sidang media itu juga, beliau menyatakan kegusarannya terhadap elemen pluralism yang diserapkan di dalam Islam.

Katanya, akta tersebut tidak dilihat agama Islam itu diletak pada tempat sepatutnya walaupun perlembagaan menyatakan Islam agama persekutuan.

Malah katanya, terdapat elemen-elemen untuk menyamakan agama Islam dengan agama lain.

“Terdapat elemen-elemen untuk menamakan agama; menyamaratakan. Itu yang kita bimbang.

“Akhirnya Islam tidak ada lagi di tempat yang sepatutnya jadi akhirnya ia sama dengan agama-agama lain.

“Kita bimbang undang-undang ini disalahguna oleh pihak-pihak yang tidak mahu kepada Islam ini,” tambahnya.

Mengakhiri sidang media, Haji Aminuddin menegaskan supaya pihak kerajaan tdak menruskan draf Akta Keharmonian Nasional dan melibatkan NGO Islam dalam membincangkan isu itu.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− one = 2