Polemik Agama Cetus Keganasan di Sri Lanka

Rusuhan yang berlaku di Welekada, Sri Lanka telah merosakkan hampir 15 buah rumah kepunyaan minoriti Muslim dan sebuah masjid; selain empat bangunan dan beberapa kenderaan juga dibakar.

Kejadian itu turut menimbulkan kebimbangan akan berulangnya konflik dan ketidakstabilan di Sri Lanka yang telah berlaku hampir sedekad lalu selepas negara di kepulauan Asia Selatan menamatkan perang saudara berdarah dengan kelompok Tamil.

Manakala terdapat juga dakwaan yang mengatakan bahawa pergolakan itu tercetus apabila seorang lelaki penganut Buddha meninggal dunia setelah diserang oleh sekumpulan lelaki Muslim sehingga mengakibatkan kemalangan jalan raya di bandar Teledeniya di Kandy Ahad lalu.

Pelbagai spekulasi dan dakwaan yang timbul ekoran kejadian ini, rata-ratanya melibatkan isu agama dan etnik.

Ekoran kejadian itu, pihak Kerajaan telah menyekat akses internet di kawasan terbabit terutamanya Facebook dan aplikasi rangkain sosial lain termasuk Whatsapp dan Viber.

Mengulas lanjut insiden tersebut, Alan Keenan yang merupakan salah seorang penyelidik di International Crisis Group menyifatkan peristiwa itu telah dirancang rapi.

“Sri Lanka di ambang pertempuran.

“Serangan ini begitu terancang, dan mereka merancangnya untuk menimbulkan tindak balas orang Islam, yang kemudian akan membenarkan lebih banyak keganasan terhadap umat Islam.

“Setakat ini, beberapa orang Islam telah ditahan tetapi mereka masih dipandang hormat, tetapi jika kaum minoriti ini membalas dengan menyerang balas golongan terbabit, penduduk Sri Lanka yang lain akan merasa terancam dan dan tidak mustahil mereka akan turut serta dalam peperangan ini,” katanya.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

seventy six − seventy five =