Page KUIS Dapat Sambutan Berterusan, Cecah 130 Likers

Page KUIS Dapat Sambutan Berterusan, Cecah 130 Likers

Laman Facebook rasmi Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, (KUIS) Cawangan Asia Tenggara, kini semakin mendapat perhatian orang awam.

Terbaru, likers Page sudah mencecah seramai 130k manakala pengungjung website juga semakin meningkat.

Menurut Pengarah Urusan Media (KUIS) Cawangan Asia Tenggara, En Kamal Nazmi, statistik pelawat menunjukkan peningkatan luar biasa.

Katanya, jumlah tersebut membuktikan informasi terkini yang disalurkan menarik perhatian umum.

Ulas beliau, catatan tersebut merupakan bacaan yang diperoleh dalam tempoh kurang dua tahun pelancaran Page tersebut.

“Sambutan menggalakkan berterusan sejak ia dilancarkan penghujung Jun, 2016.

“Kami berharap prestasi ini berterusan dan pelawat dapat memperoleh pelbagai input dalam mahupun luar negara melalui pautan laman web kami,” ujar beliau.

Gembira dengan perkembangan tersebut, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan web (KUIS).

Tambahnya, laman web (KUIS) kini semakin aktif menyebarkan artikel-artikel ilmiah dan isu dunia umat Islam semasa.

Selain itu katanya, pihak Media KUIS berbesar hati menerima segala cadangan penambahbaikan dari semua lapisan masyrakat bagi menghangatkan lagi sambutan dan sokongan orang ramai.

Rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam di Asia Tenggara boleh melayari laman Web Kesatuan Ulamak Islam Sedunia di alamat http:/ /www.ulamaksedunia.org/.

Pengunjung juga boleh like page rasmi KUIS di alamat kami www.facebook.com/ulamasedunia/. serta follow instagram di pautan www.instagram.com/ulamasedunia/. 

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

forty + = forty seven