Apa Salah Guna Al-Quran Di Dalam Persidangan Antarabangsa

APA SALAH GUNA AL-QUR’AN DI DALAM PERSIDANGAN ANTARABANGSA?

Membaca tulisan pengasas SIS, Zainah Anwar, bertajuk “Doing Right By Women”, di dalam The Sunday Star hari ini yang mengecam prestasi wakil Malaysia di dalam the Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) yang beliau sifatkan sebagai memalukan, saya tertanya-tanya pendirian sebenar beliau terhadap al-Qur’an.

Ini kerana Zainah Anwar bertanya: “Bagaimana boleh sebuah negara yang menonjolkan dirinya kepada dunia sebagai sebuah model Islam sederhana fikir adalah tidak bermasalah untuk membangkitkan al-Qur’an di dalam satu sesi badan perjanjian untuk memajukan hak-hak asasi wanita dan membaca satu petikan (al-Qur’an) untuk menjustifikasikan diskriminasi terhadap wanita?”

(Tulisan asal Zainah Anwar: “How could a country that sells itself to the world as a model of moderate Islam think it is fine to whip up the Quran in a treaty body session on advancing women’s rights and read a passage to justify discrimination against women?”)

Sebagai sebuah negara Islam, di manakah salahnya wakil Malaysia menggunakan petikan al-Qur’an untuk menjustifikasikan apa-apa keputusan dan tindakannya?

Atau apakah pada pendapat Zainah Anwar al-Qur’an ini tidak layak dan tidak sesuai langsung untuk digunakan di dalam mana-mana persidangan antarabangsa?

Dr Kamarul Yusoff

*Artikel di atas sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (cawangan Asia Tenggara). Artikel di atas dimuatnaik tanpa mengubah apa-apa dari yang asal. Penulis merupakan pensyarah di sebuah IPTA

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ 88 = ninety five