Teka-teki Tarikh Pilihan Raya ke-14

TEKA-TEKI TARIKH PILIHAN RAYA KE-14

Perdana Menteri dijangkakan akan membuat mengumuman perkenan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) untuk pembubaran Parlimen Ke-13. Bila Parlimen Ke-13 dibubarkan, maka perlu diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) untuk membentuk Parlimen ke-14.

Soalnya bilakah Parlimen akan terbubar sendiri jika tidak dibubarkan oleh YDPA? Parlimen menurut Perlembagaan Persekutuan mempunyai tempoh selama lima tahun bermula dari tarikh persidangan pertamanya. Perlu diingat, tarikh yang dikira ialah tarikh persidangan–atau lebih tepat tarikh ia mula dirasmikan oleh YDPA selepas PRU–bukannya tarikh PRU.

Misalnya untuk Parlimen sekarang iaitu Parlimen ke-13, tarikh PRU ialah 5 Mei 2013, manakala tarikh hari pertama mesyuarat pertama Parlimen ke-13 adalah pada 24 Jun 2013. Oleh itu, Parlimen sekarang akan tamat tempoh pada 23 Jun 2018 iaitu selepas lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama itu.

Belum pernah Parlimen tamat dengan sendirinya. Dijangkakan PM akan meneruskan tradisi memohon perkenan pembubaran Parlimen sebelum ia tamat tempoh. Buat masa ini rakyat–seperti musim-musim PRU lepas–akan terus berteka-teki dengan tarikh pilihan raya sehingga ia benar-benar menjadi kenyataan. Inilah Malaysia!

DR FATHI YUSUF
Pensyarah UTM

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

twelve + = 20