Islam Pop Dan Komodifikasi Agama

Islam Pop Dan Komodifikasi Agama
Haris Zalkapli

Banyak contoh telah membuktikan berleluasanya Islam pop yang digunakan sebagai satu wajah atau jenama untuk kepentingan-kepentingan yang berbeza malah bertentangan dengan agama yang dipergunakan itu.

Bahagian-bahagian daripada agama dikomodifikasi untuk dijadikan barang dagangan, memenuhi keperluan ekonomi dan kepentingan lain termasuk sokongan politik seperti yang digunakan oleh penggiat parti beridentiti agama.

Lowest common denominator, tarikan paling rendah yang dapat menarik paling ramai orang, dijadikan bahan utama, digunakan secara berulang-ulang hingga akhirnya jelas kelihatan eksploitasi dan mengabaikan wacana yang lebih tinggi.

Islam pop dilihat secara positif oleh sesetengah pihak, kerana penyebaran elemen agama kepada orang ramai dan dilihat alternatif yang baik berbanding budaya popular yang lebih mudah diperhatikan keburukannya.

Islam pop telah lama berleluasa – dalam bentuk buku, pakaian dan barangan lain – dan semakin dilihat kesannya yang negatif terhadap masyarakat hasil eksploitasinya dan pembodohan.

*Artikel di atas sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (cawangan Asia Tenggara). Artikel di atas dimuatnaik tanpa mengubah apa-apa dari yang asal. Penulis merupakan Felo Akademi Al-Ghazali.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

49 + = fifty three