Penduduk Ghouta Timur Sudah Tiada Tempat Berlindung

Penduduk Ghouta Timur Sudah Tiada Tempat Berlindung

Serangan tanpa henti regim Bashar al Assad dan Rusia ke atas Ghouta Timur telah meragut lebih 400 penduduk.

Demikian berita terbaru dikeluarkan Agensi Berita Antarabangsa Al-Jazeera sambil melaporkan kira-kira seramai 2,120 orang awam telah tercedera.

Duta PBB ke Syria, Staffan de Mistura menggesa gencatan senjata diadakan. Gesaan tersebut disuarakan beliau dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB yang telah berlangsung Khamis lalu.

“Situasi di Ghota Timur amat mengerikan dan gencatan senjata bagi menghentikan serangan yang sangat dahsyat tersebut perlu disegerakan,” tegas beliau.

Tambahnya lagi, gencatan senjata tersebut juga mestilah disertakan dengan bantuan kemanusiaan dan kemudahan untuk memindahkan pesakit dari Ghota Timur.

Memetik sumber sama, Al-Jazeera memaklumkan penduduk Ghouta Timur kini sudah tidak boleh berbuat apa-apa dan sudah tiada tempat untuk berlindung.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

56 − = forty nine