Laporan Akhbar Oleh The Malay Mail Online Dan Free Malaysia Today

Laporan Akhbar Oleh The Malay Mail Online Dan Free Malaysia Today

Pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) ingin menarik perhatian pihak MMO dan FMT untuk membetulkan semula tajuk laporan kunjungan balas komuniti transgender ke PMWP.

1. “Fatwa” tahun 1982 yang dikatakan tersebut, bukanlah satu fatwa dari sudut perundangan, tetapi ianya adalah keputusan hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia atau kini dikenali sebagai Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). Ia membawa implikasi berbeza dalam sistem perundangan di Malaysia.

2. Transgender dan khunsa (interseks) adalah jauh berbeza dari sudut istilah dan pemahamannya. Begitu juga hukumnya dari sudut agama. Normalisasi istilah transgender yang disamakan dengan khunsa boleh membawa salahfaham masyarakat dalam hal ini. Tindakan MMO dan FMT membawakan tajuk sebegitu, membuka ruang kepada salah faham kepada tujuan sebenar Mufti Wilayah Persekutuan dalam isu ini.

3. Justeru, kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk mendapatkan info dan maklumat sebenar terus daripada Facebook, Instagram, Telegram dan Twitter rasmi Mufti Wilayah Persekutuan selain web www.muftiwp.gov.my.

Sekian, terima kasih.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ 52 = fifty four