Kerajaan Teknokrat Untuk Malaysia?

KERAJAAN TEKNOKRAT UNTUK MALAYSIA?

Bila berbincang tentang idea kerajaan teknokrat, ada yang bertanya, apa perlunya kerajaan teknokrat untuk Malaysia? Apa kurangnya yang ada sekarang?

Bagi saya idea kerajaan teknokrat adalah satu idea yang menarik. Di sini saya ingin sebut salah satu sebabnya.

Dalam sistem politik di Malaysia sekarang, kelompok orang politik dilihat sebagai satu kelompok yang khusus terlibat aktif dalam politik. Politik menjadi satu sektor yang dimonopoli oleh kelompok tertentu, dan biasanya ia sukar disertai oleh mereka yang datang dari luar dunia politik.

Struktur parti-parti di Malaysia lebih berbentuk piramid, yang bermula dari peringkat cawangan di kampung-kampung atau taman, diikuti dengan peringkat kawasan Parlimen dan seterusnya negeri dan Pusat. Lazimnya sukar bagi orang baru untuk menerobos hiraki kepimpinan tanpa sokongan akar umbi. Kesannya, politik menjadi satu daerah eksklusif yang hanya dimonopoli oleh ‘orang politik’.

Golongan yang mahir yang disebut profesional atau teknokrat, mengalami kesukaran untuk memberi sumbangan dalam politik, melainkan jika ada hubungan yang istimewa dengan pemimpin parti. Sebab itu idea kerajaan teknokrat ini perlu dilihat dengan positif kerana ia mampu memecahkan monopoli orang politik dalam penguasaan pentadbiran negara. Ramai yang selama ini punya bakat memimpin, tetapi terhalang kerana sistem dan budaya politik yang sedia wujud.

Ni antara sebab saya sokong idea kerajaan teknokrat. Anda bagaimana?
Dr Fathi Yusof
13 Februari 2018

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

8 + one =