Beri Kuasa Kepada JAKIM Selesaikan Isu Umat Islam

Beri Kuasa Kepada JAKIM Selesaikan Isu Umat Islam

Oleh: Asmaa Yusof

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Kelantan, Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah menggesa kerajaan memartabatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai suruhanjaya supaya mampu meyelesaikan pelbagai masalah umat Islam.

Katanya, JAKIM seolah-olah dilihat tiada berperlembagaan menyebabkan kesucian agama Islam yang menjadi agama Persekutuan diperlekehkan.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dilihat tiada berperlembagaan dan tidak mempunyai kuasa dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan umat Islam, termasuk penghinaan ke atas Islam.

“Sudah tiba masanya satu Pelan Islamisasi Nasional digerakkan dengan penubuhan jawatankuasa kerjasama di antara kerajaan negeri dan Pusat dalam soal penyelesaian isu berkaitan umat Islam.

“Memartabatkan JAKIM menjadi suruhanjaya sebenarnya memberi ruang kepada kerajaan dalam penilaian pelaksanaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dan penyelarasan kuasa di antara mahkamah sivil dan Mahkamah Syariah,” ujarnya.

Menyedari banyak kelompangan dari segi penguatkuasaan dalam cabang bidang kuasa kehakiman, Dr Iskandar menegaskan supaya Penyelarasan kuasa Mahkamah Syariah dalam hal berkaitan umat Islam di negara ini perlu diselesaikan sebelum terlewat.

Malah katanya, kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama negeri dan fungsi Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam Persekutuan Malaysia selaras Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan juga dapat diperkukuhakan.

Dalam masa sama, beliau juga mengulas beberapa kes penghinaat ke atas agama Islam termasuk kes terbaru Januari lalu berkaitan penukaran agama anak bawah usia kepada Islam.

“Kes berkaitan keabsahan kuasa perundangan pentadbiran ke atas pemelukan saudara baharu boleh dicabar di mahkamah sivil.

“Pada 29 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan Putrajaya membuat penghakiman bersejarah apabila memutuskan individu memeluk Islam dan pasangan bukan Islam mesti memberi persetujuan bagi penukaran agama anak bawah usia kepada Islam.

“Ini menunjukkan kelompangan kuasa perundangan pentadbiran pentadbir mualaf di semua negeri,” katanya.

Justeru katanya, matlamat pemerkasaan tersebut membolehkan kuasa mahkamah mengendalikan pelbagai kes yang membabitkan pertikaian di antara Islam dan bukan Islam dalam kes syariah.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

eighty − = seventy two