PBB Digesa Terus Beri Tekanan Pada Suu Kyi

PBB Digesa Terus Beri Tekanan Pada Suu Kyi

Oleh: Asmaa Yusof

Setiausaha Luar British, Boris Johson menyelar tindakan Canselor Myanmar, Aung San Suu Kyi kerana masih angkuh mempertahankan kezaliman yang dilakukannya.

Menurut Boris Johson, tindakan membakar rumah etnik Rohingya bagi meghapuskan mereka adalah tidak masuk akal.

Beliau dalam masa sama menyifatkan Suu Kyi tidak faham situasi yang berlaku di Rakhine.

“Secara jujur, saya tidak pasti dia (Suu Kyi) benar-benar memahami apa yang telah berlaku di sini (Rakhine).

“Saya tidak fikir dia menaiki helikopter untuk melihat apa yang kita lihat hari ini, dan apa yang saya cuba sampaikan adalah pentingnya kepimpinannya dan saya percaya dia mampu untuk lakukan perkara yang luar biasa. Saya sangat sedih melihat apa yang berlaku di Myanmar sekarang,” kata Johson.

Ujar beliau, PBB patut bertegas menangani masalah tersebut yang melibatkan hampir 700,000 pelarian melarikan diri ke Bangladesh.

Tambahnya, tekanan berterusan oleh PBB perlu diberikan kepada Suu Kyi bagi menghentikan kezaliman itu.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− 2 = one