Faktor Yang Menghancurkan Negara Islam

FAKTOR YANG MENGHANCURKAN NEGARA ISLAM.
[Dari artikel: Imam Hassan Al Banna]

Kefahaman sebenar tentang Negara Islam hakikatnya telah dirobek dengan pelbagai cara dan usaha. Memudarkan sejarah, meniupkan semangat bangsa, perkembangan ideologi ciptaan manusia dan lain-lain. Akhirnya Negara Islam dilihat sebagai Utopia yang tidak mungkin wujud dan tidak pernah wujud.

Disebut oleh Imam Hassan Al Banna, antara faktor terbesar kehancurannya ialah:

i) Perpecahan politik, asobiyyah/fanatik/taasub, berebut pangkat dan kepemimpinan.

ii) Perbezaan pandangan dalam agama dan mazhab. Kecuaian terhadap kitab Allah, sunnah Rasulullah saw, jumud dan fanatik terhadap pendapat dan kata-kata seseorang, suka bertengkar dan berdebat.

iii) Tenggelam dalam pelbagai kemewahan dan kenikmatan, suka berhiburan dan keseronokan.(hedonisme)

iv) Mengabaikan ilmu-ilmu teknologi dan sains sebaliknya menghabiskan masa dengan teori falsafah dan ilmu-ilmu khayal yang mandul.

v) Sikap pemerintah yang tertipu dengan kekuatan sendiri dan cuai untuk mengkaji perkembangan masyarakat lain sehingga mereka ketinggalan dalam persiapan dan persediaan.

vi) Terpedaya dengan tipu muslihat musuh yang manis di bibir. Mereka merasa kagum dengan cara kerja dan kemewahan hidup kuffar musuh. Mereka terburu-buru meniru kuffar tanpa mengira baik buruk.

Selain itu, dirangka beberapa strategi keatas negara Islam terutama dalam serangan politik, social dan materialism.

Serangan ke atas Negara Islam digerakkan dalam berbagai nama seperti penaklukan, penjajahan, pengawasan dan perwakilan. Mereka telah membahagi negara-negara Islam:

a) Afrika Utara (Maghribi, Algeria dan Tunis)menjadi jajahan Perancis. Diselang seli dengan Tanger yang berada di bawah kuasa antarabangsa dan jajahan Sepanyol di kampung2.

b) Libya di jajah oleh Itali. Itali tidak mahu langsung kesan-kesan Islam kekal wujud di situ. Ia telah memaksa penduduk di situ menjadi warganegara Itali dan dinamakannya sebagai Itali selatan. Di situ juga dicampakkan beribu-ribu orang tawanan yang berkebuluran dan manusia-manusia jahat.

c) Mesir dan Sudan di bawah naungan Inggeris.

d) Palestin berada di bawah jajahan Inggeris untuk dijualkan kepada Yahudi bagi mendirikan negara kebangsaan mereka.

e) Syria di bawah jajahan Perancis.

f) Iraq menjadi tanah jajahan Inggeris.

g) Hijaz (Mekah dan Madinah) menjadi sebuah kerajaan yang sangat lemah sentiasa menunggu sedekah dan mengharap kepada janji-janji palsu dan perjanjian-perjanjian yang tidak laku dari Eropah.

h) Yaman pula sebuah kerajaan yang tinggal hanya rangka-rangka, rakyatnya papa dan terancam dengan peperangan di setiap tempat dan masa.

i) Di bahagian lain dari seluruh semenanjung Arab pula, yang tinggal hanya negeri-negeri yang kecil di mana amir-amirnya hidup di bawah penguasaan pegawai Inggeris.

j) Iran dan Afghanistan adalah kerajaan-kerajaan yang sentiasa bergolak dan menjadi rebutan sesama mereka.

k) India menjadi jajahan Inggeris.

l) Turkistan dan sekitarnya menjadi jajahan Rusia yang ditekan dengan dahsyatnya.

Dimeterai perjanjian demi perjanjian. Pakatan demi pakatan sehingga negara Islam dan umatnya dipecahkan sebanyak mungkin. Akhirnya tiupan semangat nasionalisme dimasukkan ke telinga pemerintah negara masing-masing.

Semangat cinta negara melebihi cinta Islam dan isi-isinya.

Nik Muhd Al-Amin.
Kaherah, Mesir.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− two = 5