“Tiada Tempat Perayaan Hari Valentine di Pakistan”

“Tiada Tempat Perayaan Hari Valentine di Pakistan”

Oleh: Asmaa Yusof

Pakistan telah mengharamkan media dari mempromosikan sebarang bentuk hiburan yang berkaitan Valentine’s Day atau dikenali sebagai hari kekasih.

Sambutan Hari Valentine semakin popular di kalangan golongan muda Pakistan. Mereka meraikannya dengan cara memberikan kad, coklat dan hadiah kepada kekasih mereka sebagai tanda cinta.

Sama seperti di kebanyakan negara lain, restoran dan peruncit telah mengambil peluang mendapatkan untung di hari romantis tersebut dengan menawarkan promosi istimewa.

Tetapi masyarakat Pakistan yang mengamalkan Islam secara tradisional tidak menyokong perayaan tersebut malah membantah dan menyifatkannya sebagai budaya Barat yang diciplak semata-mata.

Oleh demikian, Pihak Berkuasa Media Pakistan, yang bertindak atas perintah mahkamah telah mengarahkan semua saluran berita, stesen radio dan media cetak untuk tidak mempromosikan Hari Valentine.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi Islamabad mengharamkan sambutan tersebut dengan melarang sebarang perayaan umum pada Hari Valentine; mengatakan ia bertentangan dengan Islam dan mempromosikan budaya barat.

‘Tidak ada sebarang acara yang akan diadakan di tingkat rasmi dan di mana-mana tempat umum,’ perintah mahkamah pada waktu itu.

Selain itu, Presiden Pakistan, Mamnoon Hussien turut menyelar sambutan tersebut dengan mengatakan tiada tempat untuk perayaan tersebut disambut di negaranya.

Beliau berkata demikian tahun lalu semasa menyampaikan pidato di hadapan para pelajar.

Sejak itu, pihak mahkamah Pakistan telah mengambil tindakan untuk memastikan sebarang promosi Hari Valentine dalam media cetak atau elektronik tidak diadakan.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− 3 = seven