Umat Islam Berkumpul Doakan Kesejahteraan Palestin

PUTRAJAYA 27 Jan. – Hujan lebat yang turun tidak mematahkan semangat lebih 50,000 umat Islam berkumpul di Dataran Putrajaya, Presint 3, di sini malam ini untuk menghadiri Himpunan Munajat Aqsaku bagi mendoakan kesejahteraan dan pembebasan Palestin termasuk Masjid Al-Aqsa daripada kezaliman Zionis.

Himpunan dimulakan dengan solat Maghrib yang diimamkan oleh Imam Masjid Al-Aqsa, Syeikh Khalid Mahmoud Ahmad Shrateh.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri seterusnya menyampaikan tazkirah khas bertajuk ‘Peranan Kita Menangani Isu Al Aqsa’.

Himpunan berkenaan merupakan acara kemuncak Festival MyAqsa anjuran Yayasan MyAqsa dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bermula semalam hingga esok.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mewakili kerajaan Malaysia dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mewakili Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

Antara yang diadakan pada festival berkenaan adalah Persidangan Meja Bulat Ulama Islam Sedunia Mengenai Baitulmaqdis yang dihadiri lebih 100 ulama dari kira-kira 30 negara selain Ekspo Aqsaku. – UTUSAN ONLINE

https://m.utusan.com.my/berita/nasional/umat-islam-berkumpul-doakan-kesejahteraan-palestin-1.598428#.Wmy_z-oap2o.whatsapp

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

8 + one =