50,000 Umat Islam Bermunajat Untuk Baitulmuqaddis

PUTRAJAYA, 27 Jan (Bernama) –– Dataran Putrajaya bergema dengan zikir munajat untuk Baitulmuqaddis oleh kira-kira 50,000 umat Islam yang hadir dalam Himpunan Munajat Aqsaku, di sini malam ini.

Himpunan yang diadakan sempena Festival MyAQSA itu bermula dengan Solat Maghrib yang diimamkan Imam Masjidil Aqsa, Palestin, Syeikh Khalid Mahmoud Ahmad Shrateh, diikuti beberapa sesi kuliah agama, zikir munajat serta persembahan nasyid.

Walaupun hujan lebat mula mencurah-curah pada pukul 9 malam, hadirin tetap tidak berganjak bagi menunjukkan solidariti bersama Palestin.

Kemuncak himpunan itu adalah sesi pidato oleh ulama dari luar negara iaitu Syaikh Dr Muthanna adh-Dhari (Iraq), Syaikh Dr Muhammad ad-Daduu (Mauritania), dan Dr Sayyid Salman al-Husaini an-Nadwi (India).

Majlis diakhiri dengan pidato perdana oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta tokoh-tokoh ulama dunia.

 

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1431356

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

sixty eight + = 78