Api Intifada Di Baitul Maqdis Harganya Adalah Operasi Nablus

Api Intifada Di Baitul Maqdis Harganya Adalah Operasi Nablus

– Seorang pendatang Israel bernama Azriel Shibh, 35 tahun telah terbunuh. Kecederaan beliau disebabkan percikan api yang diletupkan di sebelah barat perkampungan Tel, Selatan Kota Nablus, Tebing Barat Utara. Sumber tentera Israel berkata, kejadian berlaku selepas kenderaan penduduk Palestin melepasi kenderaan pendatang Israel dan melancarkan serangan peluru mereka lalu mencederakan pendatang Israel itu. Serangan tersebut menyebabkan kecederaan kritikal di dada dan leher mangsa. Pasukan perubatan milik Star of Red David bergegas ke tempat kejadian untuk pemindahan ke hospital, dan seterusnya mengumumkan kematian beliau.

– Operasi ini dijalankan dalam rangka tindak balas terhadap jenayah penaklukan yang berlaku di Tebing Barat dan Baitul Maqdis. Ia juga sebagai tindak balas terhadap keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang telah mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibukota Israel. Ia juga kebangkitan ke atas Baitul Maqdis dan meningkatkan kekuatan serta mendorong kepada usaha berterusan dalam kerja lapangan. Malah, ia juga sebagai bukti keupayaan rakyat dalam menghadapi cabaran dan menembusi kubu keamanan dan mencapai sesuatu yang mustahil.

11 Januari 2018

– Penaklukan tentera Israel telah keterlaluan sehingga mereka melakukan operasi serbuan di kawasan kampung sekitar bandar Nablus. Serbuan diadakan berulang kali dan mereka turut mengenakan penutupan jalan kepada penduduk kampung. Penutupan jalan adalah untuk mencari penduduk yang membunuh seorang pendatang Israel beberapa hari yang lalu. Menurut media Hebrew, tentera Israel telah menahan empat orang pemuda.

– Kempen global dengan nama “E-Quds Day” telah dilancarkan. Kempen tersebut diumumkan oleh Kongres Rakyat untuk rakyat Palestin di luar negara. Ianya menggesa penerusan Arab, gerakan Islam dan antarabangsa untuk terus mempertahankan Baitul Maqdis dan menolak Deklarasi Amerika di bandar yang diduduki. Kempen “E-Quds Day” dibawakan dalam lima Bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Turki, Bahasa Melayu dan Urdu. Di samping itu, beberapa operasi dan aktiviti lapangan turut diadakan di seluruh dunia.

– Dua warga Palestin telah syahid akibat ditembak oleh tentera Zionis. Dari Timur Kem Al Bureij, di tengah Semenanjung Gaza. Salah seorang darinya ialah seorang remaja bernama Amir Abdul-Hamid Abu Musa’id, 16 tahun. Manakala seorang lagi mangsa dari bandar Iraq Burin, Selatan Nablus di Tebing Barat utara, Ali Omar Qino, 17 tahun. Beliau mengalami kecederaan parah di kepala akbat ditembak semasa pemberontakan yang berlaku di pintu masuk bandar antara penduduk Palestin dan pihak pendatang Israel yang lain.

12 januari 2018

– Zionis membebaskan seorang banduan, Mahmoud Raiq Salim Abu al-Wafa, 48 tahun dari bandar Zawiyah, Selatan Bandar Janin, Utara Tebing Barat selepas menghabiskan 21 tahun dalam penjara.

– Pasukan penakluk Israel menahan lima anggota keluarga di kampung ‘Alar, Utara Tulkarm, selepas menyerang dan menggeledah rumah mereka serta mencuri wang. Mereka turut dipukul zionis.

– Media Hebrew berkata bahawa pasukan penaklukan Israel dalam keadaan berjaga-jaga sebagai persediaan untuk tercetusnya pertempuran di Tebing Barat, Baitul Maqdis dan Semenanjung Gaza oleh umat Islam sebagai tanda menolak Deklarasi Washington yang menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Zionis.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

eighty three − 82 =