Terpesona Dengan Barat

Terpesona Dengan Barat

Realiti yang melanda umat Islam hari ini ialah terpegun dengan pemikiran modenisasi barat dimana ia penuh dengan unsur librealisme. Contohnya, kebebasan multak tanpa tanggungjawab agar selaras dengan kehendak nafsu mereka.

Puak ini juga lebih terdorong untuk melakukan semua perkara tanpa mengikut panduan dan etika yang digariskan Al-Quran dan Sunnah. Selain itu, orang yang berhak memberi pendapat dan pandangan tidak boleh campur tangan dalam tindakan mereka.

Mereka hanya berpegang pada fahaman nihilisme (fahaman yang menolak semua nilai dan kepercayaan yang sedia ada) yang sangat kuat dan merendahkan manusia yang berpegang kuat kepada ajaran agama.Hal demikian terjadi kerana mereka tidak mampu mengawal kehendak diri sendiri.

Allah S.W.T befirman dalam al-Quran yang berbunyi:-

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَٰكِن لَّا يَعْلَمُونَ

Maksudnya: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
[Al Baqarah: 13]

Mohamad Farouk Hamzah
17 Januari 2018

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

six + four =