Siri Penaklukan Zionis Terhadap Baitul Maqdis

Siri Penaklukan Zionis Terhadap Baitul Maqdis

26 November 2017
Serangan dilakukan oleh sekumpulan zionis di dataran Masjid Al-Aqsa, di bawah perlindungan polis penaklukan Israel. Menurut sumber tempatan, lebih daripada 26 orang zionis telah menyerbu al Aqsa melalui pintu sebelah timur, di mana terletaknya pasukan polis Israel yang mengamankan jalan mereka.

26 November 2017
Penduduk Baitul Maqdis, Jamal Omar Abu Thuyur, dari Hayyu al Masyahid, di Umm Tuba, Selatan Baitul Maqdis, terpaksa merobohkan rumahnya daripada kawasan seluas 40 meter (sendiri), untuk mengelakkan dari membayar denda dan sewa kerana perobohan bandar penaklukan Israel di Baitul Maqdis.

28 November 2017
Sekumpulan pendatang Yahudi menyerang sekitar medan Masjid Al-Aqsa di BaitulMaqdis yang ditakluki, dan bersiar-siar di sekitarnya di bawah perlindungan Polis Israel. Menurut Agensi Berita “Quds Press” dari sumber Jabatan Waqaf Islamiyyah berkata bahawa 51 orang dari pendatang Yahudi tersebut telah menyerbu sekitar medan Masjid Al-Aqsa secara berkumpulan dan berturutan sejak dari pukul 7 pagi sehingga pukul 10.30 pagi di kawasan sekitar BaitulMaqdis.

30 November 2017
Seorang askar Israel terbunuh akibat tikaman yang dilakukan oleh seorang pemuda Palestin di al Nagev yang ditakluki. Sumber mengatakan bahawa seorang pemuda Palestin berusia 19 tahun telah menyerang seorang askar Israel di bandar Arad di Negev yang diduduki, dan beliau sempat melarikan diri dari tempat kejadian.

30 November 2017
Sumber tempatan Palestin melaporkan bahawa seorang petani Palestin ditembak mati oleh pendatang Israel berhampiran kampung Qusra, Selatan Nablus. Menurut sumber itu lagi, sekumpulan daripada pendatang Yahudi telah menyerang penduduk Palestin semasa mereka berada di tanah pertanian kampung Qusra, sebelum salah seorang daripada pendatang meletupkan api dan menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang penduduk Palestin, dan kemudiannya mati syahid.

3 Disember 2017
Peranti keselamatan penaklukan tidak berjaya menahan seorang pembunuh askar Israel, Ron Yitzhak Kokia, selepas empat hari pembunuhan askar itu di Negev dan rampasan ke atas senjatanya. Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berkata pada permulaan sesi kabinet mingguan bahawa peranti keselamatan akan melakukan yang terbaik untuk menangkap pembunuh tentera secepat mungkin.

3 Disember 2017
Tentera Israel menahan seorang warga tua Palestin, Haji Khalil Abdul Rahim al Abbasi “Apisan” selepas menyerbu rumah beliau di Hayyu Ain al Lauzah, wilayah Silwan, Selatan Masjid Al-Aqsa pada sebelah malam atas alasan untuk mencari pembaling batu di kawasan itu. Pasukan penakluk menyerbu Silwan dan menyerbu banyak kawasan sekitarnya selepas berlakunya pertempuran di kawasan itu dan berterusan sehingga larut malam.

3 Disember 2017
Saluran Ibrani kedua mendedahkan tentang ketibaan delegasi Amerika yang diketuai oleh wakil peribadi Presiden Trump, untuk memeriksa persiapan di lapangan bagi memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat ke BaitulMaqdis. Kemudian Kedutaan Amerika Syarikat akan dipindahkan ke hotel “Diplomat” di kawasan Hayyu Arnona, di Baitul Maqdis sementara sehingga selesai pembinaan bangunan khas untuk kedutaan. Menurut saluran kedua, satu pasukan juruteknik meletakkan kamera dan pintu keselamatan elektronik di pintu masuk hotel, sebagai persediaan untuk pemindahan Kedutaan Amerika Syarikat ke hotel ini buat sementara waktu. Menurut Saluran Ibrani, Jabatan Perancangan Bandar di Baitul Maqdis telah meluluskan plan kejuruteraan untuk menubuhkan sebuah bangunan khas untuk Kedutaan Amerika Syarikat di BaitulMaqdis.

3 Dis 2017
Jabatan Wakaf Islamiyyah melaporkan bahawa Polis Israel telah membenarkan sekumpulan pelampau untuk mendaki ke “Dome of the Rock” Kubbah Al Sokhroh, dalam langkah yang beliau namakan sebagai “luar biasa, bersifat provokatif, sengaja dan terancang”. Beliau tidak mematuhi arahan pengawal masjid yang cuba menghalang mereka dari mendakinya. Pengarah jabatan itu Sheikh Azzam al-Khatib, menyifatkan bahawa apa yang dilakukan oleh pelampau memecah masuk ke Dome of the Rock ini sebagai “permulaan yang berbahaya” bertepatan dengan beberapa arahan daripada pemimpin tertinggi Pegawai Polis Israel iaitu mereka mengubah kaedah serangan dengan mendaki ke Dome of the Rock. Mereka diberi kebenaran oleh pengawal askar dan masa yang sama, pengawal masjid pendatang turut berkeliaran di sekitar kawasan tersebut”.

4 Disember 2017
Pasukan penaklukan Israel menahan pengawal Masjid Al-Aqsa, Luai Abu al-Saad ketika beliau cuba memasuki tempat kerjanya di masjid yang diberkati itu di sebelah pintu Al Asbat. Pasukan penaklukan Israel memanggil pengawal tersebut, Abu al-Saad untuk menyiasatnya dan kemudian membebaskannya. Sepertimana yang mereka lakukan ke atas Hamza Namer, seorang pengawal masjid, yang dijauhkan dari Masjid al Aqsa selama tujuh minggu, dan turut disiasat Ketua Bahagian Pengawal Wanita Masjid al Aqsa, Zainat Abu Sobeh pada hari Isnin.

4 Disember 2017
Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO) mengutuk pencerobohan pendatang Israel, yang disertai oleh ahli-ahli polis Israel ke atas “Dome of the Rock” di Masjid Al-Aqsa, BaitulMaqdis, pada hari Ahad. Tindakan mereka dianggap sebagai satu perbuatan jenayah. Dalam satu kenyataan, ISESCO mengatakan bahawa ia mengutuk keras serangan dan pendakian “Dome of the Rock” oleh zionis Israel yang diiringi oleh sejumlah besar polis Israel.” ISESCO menganggap bahawa tindakan jenayah yang dilindungi oleh pihak berkuasa Israel ini adalah untuk menghina tempat suci bagi umat Islam, ia merupakan satu provokasi yang hebat dan permusuhan secara terang-terangan.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

seventy eight − = seventy six