Bumi Jadi Saksi Ibadat Manusia

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK
BUMI JADI SAKSI IBADAT MANUSIA

Abu Hurairah RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah membacakan:

يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا

Pada hari itu bumi akan bercerita tentang khabar-khabarnya.
[Al-Zalzalah:4]

Kemudian baginda bertanya:

أتدرون ما أخبارها

Tahukah kamu apa khabarnya?

Jawab para sahabat:

“Allah dan RasulNya lebih mengetahui..”

Baginda bersabda:

فإن أخبارها أن تشهد على كل عبد وأمة بما عمل على ظهرها، أن تقول: عمل كذا وكذا يوم كذا وكذا، فهذه أخبارها.

Sesungguhnya khabarnya adalah dia menjadi saksi akan amalan setiap manusia dan setiap umat di atasnya. Dia berkata: Orang ini membuat amal begini dan begini pada sekian-sekian hari. Maka inilah khabarnya.
[HR Tirmizi]

Hadis ini menunjukkan bahawa bumi menjadi saksi di akhirat. Di sinilah hikmah mengapa kita berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain setiap kali sembahyang. Tidak duduk setempat. Bila selesai solat fardu, solat sunat pindah tempat lain pula. Ini kerana tempat-tempat itu akan menjadi saksi ibadat yang kita lakukan. Justeru kita memperbanyakkan saksi-saksi di akhirat.

Ada orang, dia tanda khusus tempat dia dalam masjid. Orang lain tak boleh duduk. Di masjid Nabi di Madinah pun ada yang buat begini.

Ini tak betul. Amalan ini salah. Masjid bukan hak sesiapa. Siapa yang sampai dulu, dialah yang dapat. Ini kena faham.

Masjid Rusila

17 Rabiul Akhir 1439
5 Januari 2018

(Alang Ibn Shukrimun)

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

eight + one =