Melewatkan Mandi Wajib Kerana Menunggu Darah Haid Habis Keluar

AL-KAFI #690 : MELEWATKAN MANDI WAJIB KERANA MENUNGGU DARAH HAID HABIS KELUAR

Soalan:

Apakah hukum sekiranya seseorang wanita melambatkan mandi wajib dengan niat ingin menunggu lagi jika ada darah haid yang masih tertinggal seperti darah di hujung yang warnanya coklat, kerana kadang-kadang darah berhenti sekejap selama satu atau dua hari dan akan bersambung pada hari berikutnya.

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Dalam kes ini, wanita tersebut perlu memeriksa keadaan dirinya. Sekiranya darah tidak keluar tetapi apabila dia memasukkan kapas atau seumpamanya ke dalam batin alat sulitnya (bahagian faraj yang tidak wajib dicuci ketika istinja’ dan hanya kelihatan ketika mencangkung) lalu didapati pada kapas tersebut ada kesan darah termasuklah warna coklat, maka dia masih berada dalam keadaan fatrah haid, yakni tempoh haid. Ini berdalilkan riwayat Aisyah R.Anha dalam Sahih al-Bukhari dan al-Muwatta’:

كَانَتْ النِّسَاءُ يَبْعَثْنَ إلَى عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا بِالدُّرْجَةِ فِيهَا الْكُرْسُفُ فِيهِ الصُّفْرَةُ مِنْ دَمِ الْحَيْضِ فَتَقُولُ لَا تَعْجَلْنَ حَتَّى تَرَيْنَ الْقَصَّةَ الْبَيْضَاءَ تُرِيدُ بِذَلِكَ الطُّهْرَ مِنْ الْحَيْضَةِ

Maksudnya: Dahulu, para wanita datang menemui Aisyah R.Anha dengan menunjukkan kain yang berisi kapas (yakni yang dimasukkan ke dalam faraj) yang padanya ada kesan kekuningan (kesan darah haid) lalu Aisyah berkata kepada mereka, “Janganlah kamu tergesa-gesa (untuk mandi dan bersolat) sehinggalah kamu melihat warna cecair putih pada kapas yang menunjukkan suci daripada darah haid.”

Rujuk al-Majmu’ (2/389) oleh Imam al-Nawawi

Namun sekiranya dia tidak mendapati warna darah, termasuklah kekeruhan dan kekuningan, maka dia sebenarnya berada dalam keadaan naqo’. Daripada sudut bahasa naqo’ bererti bersih daripada sesuatu. Adapun daripada sudut hukum, keadaan naqo’ boleh jadi keadaan haid ataupun suci.

Sekiranya keadaan naqo` itu didapati selepas waktu adat (yakni tempoh kebiasaan haid bulan sebelumnya), maka dia secara zahirnya sudah dianggap berhenti darah haid dan diwajibkan mandi dengan segera.

Sekiranya keadaan naqo` itu didapati sebelum waktu adat, maka dia secara zahirnya masih berhaid kerana mengikut adatnya, justeru tidak perlu mandi lagi, menurut pendapat yang dipegang oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami. Rujuk Tuhfah al-Muhtaj (1/400).

Jawapan di atas tidak merujuk kepada kes wanita mubtada’ah (yang baru mengalami haid) dan kes haid yang mutaqatti` (terputus-putus) kerana beranggapan bahawa penanya ialah wanita yang beradat dan keluar darah seperti kebiasaan.

Wallahua`lam.

Pautan ke laman rasmi PMWP: https://goo.gl/h5Lbkz

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ seventy five = seventy eight