Berbalah Sifat Ahli Hadis?

BERBALAH SIFAT AHLI HADIS?

Sekiranya anda mencari satu institusi pengajian yang pemegang phd (DR) hadithnya melebihi 20 orang dalam sebuah fakulti, anda boleh menemuinya di Fakulti pengajian Quran dan sunnah USIM.

Namun, apa yang menarik, sepanjang perkhidmatan saya di USIM TIDAK PERNAH sekali pun, kami bertekak tentang suatu perkara khilafiah. Sedang kami memang bukan sealiran, ada salafi, ada asyairah maturidiyyah dan lainnya. Namun atas dasar ilmu, ia tetap harmoni. Kalaupun ada perbincangan, ia tetap perpaksikan prinsip menghormati antara para ilmuan.

Saya pula mengenali beberapa maulana (khususnya seri petaling) yang khatam 6 kitab hadith kutub sittah beserta syarahnya, begitu low profile, tidak suka mendabik dada dengan pendapat mereka dan tidak pula menggugahkan ketenangan ummat ini melainkan mereka terus sahaja dengan tugas mereka sebagai murabbi.

PERSOALANNYA kenapa ahli hadis di FB tidak begitu, gegak bagai dirasuk. Adakah ia atas dasar ajaran dari hadith?

Jawapannya TIDAK. sesekali BUKAN berasal dari ajaran hadis tapi ia adalah sifat manusia itu sendiri. Bila dalam jiwanya memang berminat cari gaduh sahaja (dalam bahasa lembut : berdebat dan berdiskusi), maka tiada kedamaian yang disampaikan. Sedangkan kalam Rasulullah saw adalah membelai jiwa melunakkan dada. Tidak begitu jadinya. Makin didengar makin senak dada kita.

Alasannya mudah – saya mempertahankan kebenaran, HAQ mesti dibela.

Walhal ia hanyalah berpunca dari krisis jiwa muda yang tidak mahu kalah. Sebab itu yang diserangnya adalah terkhusus kepada individu dan isu tertentu.

Kalau benar, ia berdasarkan KEBENARAN, nescaya banyak lagi kebenaran yang mesti dipertahankan, malah ada isu yang lebih teruk dan dahsyat. Namun diabaikan sahaja. Kerana ia tidak meletakkan kebenaran di hadapan, hanya dendam yang membuak-buak dari hati mudanya.

Justeru, anda boleh nilaikan sendiri ilmu yang membawa hidayah dan sebaliknya

 Dr Muhammad Lokman Ibrahim

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− two = 6