Siapakah Musuh Utama Kita?

Siapakah Musuh Utama Kita?

Oleh: Sheikh Solah Fattah Al-Khalidi

Ramai dalam kalangan umat Islam kini tidak mengetahui strategi musuh-musuh. Mereka juga tidak mengetahui kedudukan setiap musuh itu sendiri. Bahkan mereka juga tidak mengenali siapakah musuh utama yang wajib diperangi dengan sepenuh persenjataan.

Media Arab yang dipengaruhi Zionis, Amerika Syarikat dan pemecah belah dalam kalangan negara-negara Arab memainkan peranan yang cukup besar dalam menyesat, menyebarkan penipuan, serta menjadikan bangsa Arab sebagai bahan ketawa; namun ia masih tidak dikira musuh utama ummah.

Pemuka-pemuka Arab pula memainkan peranan besar menjadikan rakyat mereka sebagai bahan ketawa dan penipuan mengenai siapakah musuh utama, kedua dan ketiga hingga seterusnya.

Rejim Zionis, Amerika Syarikat serta pemuka-pemuka Arab ini mahu kita menerima bahawa musuh utama kita adalah Iran yang berbangsa Parsi, beragama Majusi mahupun bermazhab Syiah Safawiyyah.

Mereka juga mengetuk gendang perang serta mengerahkan tenaga, tentera dan senjata memerangi Iran yang mereka musuhi.

Kita tidak menafikan keinginan Iran menyebarluaskan kuasa mereka serta tidak menafikan permusuhan, hasad dengki dan ugutan mereka terhadap kita.

Namun, adakah Iran musuh utama kita sebagaimana Zionis, Amerika Syarikat dan pemuka-pemuka Arab ini tanamkan dalam fikiran kita? Adakah perang utama kita terhadap Iran? Adakah isu utama kita adalah Iran?

Aku tidak menyukai Iran walaupun sehari; serta aku tidak mengharapkan kebaikan buat negara itu walau sehari malah aku yakin mereka memusuhi kita.

Walau bagaimanapun, persoalannya: Adakah Iran musuh utama kita?

Allah SWT telah menunjukkan kepada kita di dalam Al-Quran tentang perihal musuh utama kita:

(“لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا اليَهُودَ والَّذِينَ أَشْرَكُوا”..الخ…)

Maksudnya: “Engkau (MUHAMMAD) akan benar-benar mendapati bahawa manusia yang paling memusuhi orang-orang yang beriman itu adalah YAHUDI dan MUSYRIK..”

Maka tiadalah hujah lain selepas datangnya hujah dari Allah SWT, dan tiada penjelesan lain sesudah penjelasan dari-Nya.

Musuh utama kita adalah Yahudi. Dan perang utama kita adalah memerangi Yahudi.

Isu utama kita adalah menghadapi Yahudi serta membela Palestin, Al-Quds dan Al-Aqsa.

Bahkan apa sahaja pandangan selain pandangan ini adalah suatu kesesatan dan pembohongan!

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ 10 = fifteen