Khilaf Bukan Masalah Prioriti

Khilaf Bukan Masalah Prioriti

Ibnu Kathir meriwayatkan bahawa terdapat sekumpulan rombongan yang datang dari Iraq pernah bertanya kepada Ibnu Umar tentang hukum darah nyamuk ketika berihram. Lantas Ibnu Umar melenting kerana soalan sedemikian bukan keutamaan ketika itu, sedangkan kes pembunuhan Saidina Hussein masih belum terbela.

Beliau berkata “lihatlah mereka, bertanya tentang hal darah nyamuk, pada masa yang sama mereka menumpahkan darah cucu Rasulullah SAW. (Al-Bidayah Wa al-Nihayah)

Pengajaran daripada kisah diatas, Ibnu Umar seorang yang berilmu dan faqih, beliau boleh sahaja untuk menjawab soalan yang diajukan cumanya pada ketika itu umat Islam perlu memikirkan masalah yang lebih besar dan utama, bukannya sibuk dengan perkara khilaf yang berterusan.

Hal ini boleh dirumuskan bahawa ada golongan umat Islam yang suka menimbulkan perkara khilaf pada masyarakat awam. Mereka Membahaskan isu bid’ah dan mempersoalkan soalan furu’ yang sememangnya setiap perkara tersebut terdapat percanggahan. Perkara sedemikian melekakan mereka sehingga umat Islam lupa akan prioriti semasa yang lebih utama untuk diselesaikan.

Dr. Yusuf Al-Qardawi menegaskan bahawa menjadi satu pengkhianatan terhadap umat pada hari ini dengan membawa mereka tenggelam di dalam kancah perdebatan masalah-masalah furu’ feqh atau pinggiran aqidah.

Lantas, hal demikaian menyebabkan umat Islam tidak prihatin dengan caturan politik dunia yang membunuh ramai nyawa terutama umat Islam itu sendiri.

Musuh walaubagaimanapun lebih suka melihat umat Islam yang berdebat dengan perkara yang remeh-temeh. Kebiasaanya, orang yang suka berbalah dengan perkara khilaf ini adalah mereka yang anti dengan gerakan Islam dan mesra terhadap sekular.

“Diantara permainan iblis ialah sibuk berbahas dan berdebat dengan sangkaan untuk memperbetulkan hukum serta istinbat syara’ yang halus diantara mazhab-mazhab.” (Imam Abu Al-Farj Al-Jauzi)

Mohamad Farouk Hamzah
22 Disember 2017

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− 2 = three