Baitulmaqdis: Solidariti Malaysia

Baitulmaqdis: Solidariti Malaysia

Rakyat Malaysia hari ini telah menunjukkan solidari bantahan terhadap tindakan zalim Trump dengan menghadiri Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis di Masjid Putra, putrajaya.

Himpunan tersebut telah disertai Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir ialah Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Al-Bakri.

Himpunan tersebut menyaksikan pembentangan resolusi Malaysia berhubung isu Baitulmaqdis oleh Perdana Menteri Malaysia. Selain itu, kira-kira lebih 200 anggota pertubuhan bukan kerajaan turut serta tanpa menyatakan bantahan sama.

Perkarangan Masjid dipenuhi peserta himpunan seawal jam 10 pagi dengan berpakaian warna tema himpunan, iaitu warna putih.

Himpunan dimulakan dengan forum pada jam 12 tengah hari. Seterusnya, solat Jumaat telah disempurnakan dengan penyampaian khutbah berkisar isu Baitulmaqdis oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

11 − two =