Pencerobohan Baitulmaqdis; Semua Peringkat Wajib Mainkan Peranan

Pencerobohan Baitulmaqdis; Semua Peringkat Wajib Mainkan Peranan

Orang ramai diseru memainkan peranan berterusan memboikot pada semua peringkat dan melalui pelbagai media termasuk khutbah Jumaat dan peringatan di media sosial serta semua cara yang berguna dalam hal ini.

Demikian penegasan dibuat jurucakap persidangan dari luar Turki, Dr. Hafiz al-Karmi dalam satu kenyataan akhbar berkaitan persidangan OIC untuk menentang entiti Zionis.

Katanya, persidangan mengumumkan bahawa OIC menentang terhadap normalisasi yang akan diadakan di Istanbul Isnin depan.

Hal demikian jelasnya dikala Baitulmaqdis dinodai, sebahagian besar negara Arab masih tidak malu menunjukkan hubungan kasih sayang dan tahaluf bersama dengan musuh Zionis.

Beliau dalam masa yang sama menegaskan bahawa ulamak wajib memainkan peranan memberi penerangan kepada masyarakat.

“Ulamak ummah hari ini wajib melakukan apa yang diperintahkan Allah S.W.T dengan menerangkan kebenaran kepada manusia tanpa rasa takut dari kesalahan atau kezaliman.

“Pengumuman ini bermulalah dengan kerja-kerja sebenar para ulamak, iaitu bermula dengan memulakan kempen intensif untuk mendidik orang ramai memainkan peranannya dalam berterusan memboikot musuh Zionis pada semua peringkat dan melalui pelbagai media,” katanya.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

20 + = twenty two