KUIS Seru Pimpinan Negara Islam Bersatu Pertahan Baitul Maqdis

KUIS Seru Pimpinan Negara Islam Bersatu Pertahan Baitul Maqdis

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, KUIS menuntut pemimpin negara Islam meletakkan perancangan penyatuan dan pembebasan Baitul Maqdis. Kami juga merayu kepada kalian agar berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan isu di Syria dan Yaman serta lain-lain negara Islam yang ditindas agar Allah SWT meredhai dan memelihara kemuliaan bangsa ini.

KUIS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan penghormatan ke atas kalian dan berharap bahawa kalian akan berada dalam keadaan baik dan beroleh taufiq dan kesejahteraan. Kami memohon kepada Allah SWT dengan rendah hati agar memberikan kejayaan kepada kalian serta menunjukkan jalan kebenaran.

Seluruh projek perdamaian tidak mencapai apa-apa penyelesaian kepada al-Quds melainkan bertambahnya kezaliman dan keimanan terhadap bangsa Yahudi. Bahkan menambahkan lagi bilangan sekutunya.

Para ulamak meminta daripada kalian agar meletakkan pelan praktikal untuk penyatuan, pembebasan dan memanfaatkan keupayaan negara untuk mencapainya.

Jadikan syiar bernilai kalian dan syiar ummah sebagai kesatuan dan pembebasan dimana kedua-duanya meruakan tugas paling penting ketika ini.

Dan Tuhan memanggil kalian untuk meletakkan penawar bagi menyelesaikan masalah di Syria, Yaman, Libya, dan Rohingya dengan penyelesaian yang bertepatan dengan pengorbanan umat Islam ini.

Berikutan isu umat Islam dan konfliknya yang besar, KUIS meluahkan rasa sedih dan dukacita di atas kelemahan dan kehinaan disebabkan kumpulan yang melemahkan umat Islam serta konflik yang sedang berlaku di dalamnya lalu mereka menjadikannya lebih lemah. Ini merupakan punca penyakit yang menimpa umat Islam-Arab iaitu perpecahan yang berterusan yang membawa kepada kegagalan dan kehinaan sepertimana Allah SWT menyifatkannya dengan Firman-Nya yang bermaksud: “Dan Janganlah kalian berselisih, yang akan menyebabkan kalian menjadi gentar dan kekuatan kalian hilang…” (Al-Anfal:46).

Begitu juga sepertimana yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Bangsa-bangsa akan jatuh ke atas kalian, sepertimana para pemakan telah jatuh ke dalam mangkuk mereka. Seseorang bertanya: “ketika itu adakah jumlah kami sedikit?” Baginda menjawab: “Bahkan ketika itu kalian ramai, akan tetapi kalian seperti buih yang mengalir, dihilangkan ketakutan dari hati musuh kalian, dan Allah mencampakkan ke dalam hati kalian “al-Wahn”. Lalu dia bertanya lagi: “Wahai Rasulullah, apakah itu “Al-Wahn”? baginda menjawab: “ Al-Wahn itu adalah cintakan dunia dan takutkan mati.”

Perpecahan umat Islam kepada hampir enam puluh buah negara dengan wujudnya banyak khilaf serta persaingan secara negatif, ditambah dengan pembunuhan di antara sesama mereka telah menyebabkan penderitaan yang sangat teruk yang di alami umat ini.

Para pemilik kemuliaan, keagungan dan ketinggian sekalian:

Persidangan kalian sedang berlaku di bawah keadaan yang sukar. Kami dan bersama kami seluruh mereka yang ikhlas dan rendah diri berdoa kepada Allah untuk membantu kalian di dalam persidangan ini. Agar menjadi permulaan yang baik, penaklukan dan kemenangan dengan menetapkan rancangan strategik untuk keluar dari krisis ini. Seluruh kekuatan diarahkan untuk membebaskan Palestin, bukannya untuk memusnahkan dan menindas umat ini dari dalam.

Tentera Arab dan orang Islam ditubuhkan pada awalnya bertujuan untuk menghadapi musuh-musuh sebenar, bukan untuk menindas dan memusnahkan rakyat, sepertimana yang berlaku di beberapa negara Arab dalam lima tahun kebelakangan ini.

Baitul Maqdis dan Palestin merupakan tempat tinggal para Nabi dan tanggungjawab di atas bahu kalian. Umat ini tidak akan dapat menyelamatkan Baitul Maqdis dan membebaskan bumi Palestin juga negara Arab yang telah dirampas tanpa adanya bersatunya suara-suara mereka, ketakwaan negara mereka serta redha Tuhan ke atas mereka.

Sesungguhnya selama tujuh puluh tahun penjajahan Palestin, setengah abad kehilangan Baitul Maqdis, dan satu perempat abad daripada pelbagai rundingan yang gagal untuk mencapai keamanan melalui negara yang menjajah, telah jelas menunjukkan kegagalan kaedah Arab menangani masalah Palestin.

Kami menyeru kepada pemimpin-pemimpin dunia Islam untuk menanamkan ke atas hati rakyat untuk memulihkan tanah suci itu dan membebaskan daripada tanah itu dirampas, dan menyokong kebangkitan menentang penjajahan di Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya, dan bukannya dengan menyokong musuh dan sekutu-sekutunya, membazirkan bilion dolar dan menghilangkan keupayaan negara mereka kepada hal yang remeh-temeh. Kita hendaklah memboikot pentadbiran Trump yang jinak dan berpecah, dengan apa-apa yang berkaitan dengan tajuk perundingan kedamaian kerana mereka telah berselisih pendapat dengan resolusi antarabangsa dan telah melanggarnya, maka wajib ke atas kita untuk menanganinya.

Akhirnya, para ulamak Islam di negara ini meletakkan roh-roh mereka sebagai tebusan kepada Masjid Al-Aqsa, dan keupayaan mereka dalam perkhidmatan dan kepercayaan sebagai satu keperluan dalam kerjasama di antara pemimpin yang ikhlas dengan para ulamak yang Rabbani – sepertimana yang dilakukan oleh nenek moyang kalian, semoga Allah merahmati mereka dan mengikat ke atas kalian sebuah cita-cita selepas Allah SWT dalam melukis pelan perjalanan sejarah dengan pertolongan Allah, memindahkan umat Islam yang lemah kepada umat Islam yang kuat, daripada keadaan berpecah belah kepada perpaduan yang diikat dengan tali Allah SWT, dari rakyat yang dizalimi ddan pemerintah yang kejam kepada keadilan dan hukum yang benar, dan dari keadaan kemunduran kepada kemajuan dalam semua bidang.

Firman Allah SWT: “Dan bekerjasamalah kalian dalam kebaikan dan ketakwaan dan janganlah kalian bekerjasama dalam dosa dan permusuhan” (Al-Ma’idah: 2). Dan Firman-Nya: “Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama-Nya), dan Sungguh Allah Maha kuat dan Maha Perkasa” (Al-Hajj: 40)

Wasalamualaikum W.B.T

Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi
Presiden,
Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, KUIS

Prof. Dr. Ali Mohyiddin Al-Qura Daghi
Setiausaha Agung
Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, KUIS

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

eighteen − eleven =