Tidak Adakah Pemimpin Islam Lain Seberani Erdogan?

Tidak adakah pemimpin Islam lain seberani Erdogan?

Dalam suasana politik dunia Islam yang panas ekoran pengiktirafan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan sedang dianggap ramai dalam dunia Islam sebagai pemimpin dan penyelamat umat apabila bersuara dan mengajak pertemuan pemimpin Islam di Istanbul bagi menangani isu Baitul Maqdis. Tindakan Erdogan ini boleh dianggap sebagai satu perkembangan positif, ditambah lagi dengan haluan dasar luar Turki yang kelihatan menuju ke satu arah yang berbeza, dan semakin dekat dengan negara-negara Islam yang tidak mesra Barat/Israel.

Tetapi kerana pragmatisme dan kepentingan nasional kekal menjadi faktor utama menentukan tindakan dasar luar negara-negara, tindakan-tindakan Erdogan ini perlu dilihat secara menyeluruh dan bukan hanya menerima dan teruja dengan kenyataan-kenyataan beliau. Ini tidak bermakna retorik beliau mesti ditolak terus dan dikecam sebagai hipokrit, tetapi amat salah sekiranya isu-isu penting dalam hubungan antarabangsa di rantau yang panas ini dinilai dan disimpulkan (seperti mengatakan hanya beliau yang berani dan pemimpin lain seperti perdana menteri Malaysia tidak bersedia berbuat apa-apa walaupun mempunyai hubungan baik dengan Trump) hanya berdasarkan retorik pemimpin-pemimpinnya.

Turki, bersama dengan Qatar, kekal sebagai lokasi pangkalan tentera AS terbesar di Asia Barat. Turki, sebuah negara anggota Nato, baru sahaja pada Jun tahun lalu memulihkan hubungan dengan Israel selepas enam tahun hubungan terjejas akibat insiden kapal bantuan Mavi Marmara. Hubungan negara juga boleh dipisah-pisahkan agar bahagian tertentu tidak terjejas oleh isu politik, seperti menurunkan tahap hubungan diplomatik tetapi pada masa sama terus bekerjasama dalam bidang lain, seperti perdagangan. Hubungan Turki-Israel yang telah dipulihkan ini akan memudahkan urusan pembangunan sumber gas di Laut Mediterranean. Turki juga masih terus membeli peralatan ketenteraan dari AS, termasuk pesawat pejuang baharu yang peringkat pertamanya hanya akan diterima Turki pada tahun depan.

Haris Zalkapli

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ thirty two = thirty eight