Sheikh Qaradaghi Kesal Masih Ada Khatib Yang Tidak Sensitif Isu Al Qud

Sheikh Qaradaghi Kesal Masih Ada Khatib Yang Tidak Sensitif Isu Al Quds

Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS), Dr. Sheikh Ali Qurra Daghi melahirkan kekesalannya ke atas tindakan masyarakat yang tidak mempedulikan isu Baitul Maqdis.

Hal demikian ditujukan kepada para khatib masjid yang langsung tidak membicarakan soal Baitul Maqdis semasa khutbah Jumaat berlangsung.

Kekesalan tersebut disuarakan beliau melalui catatan ringkas akaun twitternya semalam.

Katanya, Allah dalam Al-Quran mengaitkan bumi Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa dengan amalan ribat sepanjang masa.

Kekesalan beliau merujuk kepada tindakan khatib masjid Haram yang berbicara tentang menghormati ibubapa dikala Al-Quds dinodai dengan pengiktirafan Amerika Syarikat.

“Nampaknya umat Islam seluruh dunia heboh dengan Al-Quds tetapi khatib di masjid Haramain berada dilembah lain” demikian luahan ringkas twitternya.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− one = 3