Bantah Tindakah Trump; #JerusalemIsTheCapitalofPalestine Banjiri Media Sosial

Bantah Tindakah Trump;

#JerusalemIsTheCapitalofPalestine Banjiri Media Sosial

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi membuat kejutan kepada seluruh dunia selepas mengumumkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.

Menurut pegawai kanan Rumah Putih, Trump akan mengarahkan jabatan negeri untuk memulakan proses yang panjang memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke bandar.

Pemimpin-pemimpin di Timur Tengah dan negara-negara lain telah memberi amaran kepada Trump bahawa langkah sedemikian bakal mengundang implikasi yang serius.

Israel mendakwa bandar itu sebagai ibu kota, setelah pendudukan Jerusalem Timur dalam perang 1967 dengan Syria, Mesir dan Jordan, dan menganggap Jerusalem sebagai bandar “bersatu”.

Namun demikian, Palestin telah lama mengiktiraf Jerusalem Timur sebagai ibu negara mereka.

Mereka mengatakan bahawa langkah Amerika Syarikat untuk memindahkan kedutaan itu akan melemahkan sebarang cubaan oleh Washington untuk memulakan proses damai.

Ekoran pengumuman mengejut tersebut, media sosial kini mula menyatakan kemarahan mereka dengan menggunakan hastag #JerusalemIsTheCapitalofPalestine.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ 20 = twenty eight