Trump, AIPAC dan Jurusalem ( ALQUDS).

Trump, AIPAC dan Jurusalem ( ALQUDS).

Seperti kempen presiden presiden terdahulu seperti Bush dan Clinton, Trump membuat janji untuk memindahkan Kedutaan Amerika ( American Embassy) ke Jurusalem ataupun Al Quds. Tempat suci umat 3 agama yang selama ini berada di bawah naungan umat Islam.
Namun, berita mutaakhir, mungkin Trump tidak akan meneruskan agenda itu buat sementara waktu.

Walaupun begitu, Dasar pemerintahan Trump yang menyekat kedatangan dari tujuh negara Arab juga sebagai satu provokasi kepada umat Islam untuk bertindak lebih ganas. Akhirnya menjustifikasikan tindakan meneruskan perpindahan embassy ke Al Quds pada masa mendatang.

Janji Trump di buat kepada AIPAC ( American Israel Public Affair Council) yang menjadi majlis lobi politik Amerika yang penting.

Perkembangan ini, amat selari dengan penjelasan Imran Hosein tentang isu ini yang dijelaskan dalam bukunya Jurusalem In Quran. Beliau menerangkan tentang stage stage Dajal menguasai Dunia melalui hadis tentang kedatangan Dajal dalam 40 hari.

Sehari seumpama setahun , ketika globalisasi kuasa dunia dipimpin Pax Brittanica.

Sehari seumpama sebulan, ketika globalisasi kuasa dunia di pegang Pax Americana. Judeo Christian alliance yang berlaku di Amerika hari ini.

Sehari seumpama seminggu, ketika Pax Judaica yang akan berpusat di Jurusalem. Sepertinya perancangan politik dunia sekarang ke arah itu.

Sehari seumpama hari biasa, muncul Dajal mata satu yang empayarnya bermula di jurusalem sebelum dibunuh Nabi Isa as.

Ustaz Ahmad Hakimi Othman

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

49 − = forty one